Hi! Welcome Back and Stay Tune! AccessURL Membolehkan Anda Berkongsi Akaun Internet Tanpa Berkongsi Kata Laluan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AccessURL Membolehkan Anda Berkongsi Akaun Internet Tanpa Berkongsi Kata Laluan

Ada kalanya, anda ingin berkongsi sesuatu akaun internet – sebagai contoh akaun Netflix bersama adik atau rakan-rakan, dan mungkin anda tidak ingin berkongsi kata laluan. Kini, salah satu pemalam dan perkhidmatan yang ingin memudahkan proses berkenaan adalah AccessURL.

Melalui pemalam Chrome AccessURL, pengguna boleh menjana sebuah pautan khusus untuk akaun anda, dan berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. Ia memberikan kawalan seperti termasuk mematikan akses untuknya selepas sehari, seminggu dan sebagainya.

AcceessURL

AccessURL tidak menggunakan kata laluan atau nama pengguna untuk berkongsi, sebaliknya bergantung kepada cookies. Ini bermakna, sekiranya anda log keluar daripada sesuatu perkhidmatan ketika menggunakan cookies yang sama, maka pengguna lain yang turut dikongsikan URL berkenaan akan turut akan log keluar sama.

Memandangkan ia menggunakan konsep ini, maka tidak semua perkhidmatan yang disokong – terutamanya yang menyimpan data berkenaan IP ketika anda log masuk. Walaubagaimanapun, AccessURL ini boleh dikatakan salah satu perkhidmatan yang membantu sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu akaun internet tanpa ingin berkongsi kata laluan.

Muat-Turun AccessURL untuk Chrome






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dt0vjX

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.