Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Gitaris Kristal Maut Dalam Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Gitaris Kristal Maut Dalam Kemalangan

Jelebu: Bekas gitaris kumpulan Kristal, Hairyfitri Ahmad, 33, maut dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, berhampiran Perkampungan Orang Asli Genting Peras, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri berkata, mangsa yang juga pembantu tadbir GiatMara meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini ketika mendapatkan rawatan.

Katanya, dalam kejadian 11.35 pagi, Hairyfitri menunggang motosikal dari Ampang. Dia berkonvoi bersama beberapa rakan untuk makan roti canai di Kuala Klawang, di sini.

“Dalam kejadian itu, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa merempuh kereta di hadapan dan tercampak atas jalan,” katanya.

Beliau berkata, Hairyfitri dibawa rakan-rakannya ke Hospital Ampang dan meninggal dunia ketika dirawat.

“Pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita berusia 30-an tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: http://ift.tt/2dFYLSm

The post Bekas Gitaris Kristal Maut Dalam Kemalangan appeared first on RinganBerat.com.



Contributer : RinganBerat.com http://ift.tt/2e5tiLI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.