Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia ingin turut bangunkan Madinah sebagai pusat tamadun Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia ingin turut bangunkan Madinah sebagai pusat tamadun Islam

MADINAH: Malaysia menyuarakan komitmen untuk turut serta membangunkan bandar ini sebagai pusat ketamadunan Islam yang baharu demi kesejahteraan umat di seluruh dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi tujuan itu, Malaysia akan menghantar lebih ramai golongan profesional dan ahli akademik untuk berkongsi pengalaman serta belajar di Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Madinah (MILE).

“Kita tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang dan belajar agar Madinah dan juga Makkah (pada masa akan datang) menjadi pusat ketamadunan Islam yang baharu,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Sabtu.

Terdahulu, Ahmad Zahid diberi taklimat mengenai Bandar Pengetahuan Ekonomi Madinah oleh Naib Presiden Pembangunan Projeknya, Saeed Ahmed Albially dan Pengarah Eksekutif MILE Dr Mohamed Moustafa Mahmoud.

MILE adalah antara komponen dalam Bandar Pengetahuan Ekonomi Madinah yang sedang rancak dibangunkan di kawasan seluas 2.2 juta meter persegi dan projek itu sebahagian daripada Wawasan 2030 Arab Saudi. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.