Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ringgit dijangka pulih minggu depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ringgit dijangka pulih minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka pulih minggu depan ke paras 4.10 berbanding dolar US minggu depan, dipacu keyakinan menjelang pembentangan Bajet 2017.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, bajet itu dijangka menawarkan pelbagai langkah menarik bagi merangsang ekonomi, termasuk menarik pelaburan asing.

“Dagangan ringgit minggu depan akan dipengaruhi jangkaan kesan daripada bajet,” katanya kepada Bernama.

Bajet tersebut akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu menyusut berbanding dolar US kepada 4.1980/2050 daripada 4.1535/1585 berikutan pengeluaran data Bank Negara yang menunjukkan jualan besar-besaran bon Malaysia oleh pelabur asing pada September.

Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0302 daripada 3.0214/0252 Jumaat lalu dan merosot berbanding yen kepada 4.0230/0301 daripada 3.9999/9066.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.1249/1339 daripada 5.1142/1220 minggu lepas dan berkurang berbanding euro kepada 4.6245/6331 daripada 4.6199/6267.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.