Hadi Awang ucapkan tahniah kepada Sultan Kelantan
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
“Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV mulai tarikh 13 Disember 2016 ini,” katanya dalam satu kenyataan.
“Patik dan sekalian Ahli PAS dari seluruh negara mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya. Bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan terus teguh memayungi sekalian rakyat di negara ini dengan Syariat Ilahi, “ katanya.
Baginda sebelum ini ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong sejak 12 Disember 2011.
Sultan Mahmud V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan ismail I di Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Ruthland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam kajian diplomatik di St Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for islamic Studies sehingga 1991. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment