Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS kecam pengeboman orang awam di Yaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS kecam pengeboman orang awam di Yaman

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekeras-kerasnya tragedi pengeboman yang berlaku di Sanaa, Yaman pada hari Sabtu lalu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS secara konsisten mengecam sebarang serangan yang melibatkan kematian orang awam, warga tua, golongan wanita, kanak-kanak, memusnahkan bangunan dan hasil tanaman yang sangat jelas bercanggah dengan Islam.

“Kembali kepada Islam adalah jalan keluar bagi menyelesaikan masalah di rantau Asia Barat,” katanya dalam satu kenyataan.

Serangan udara tersebut telah mengakibatkan lebih 140 orang terbunuh dan 525 cedera masyarakat awam ketika mereka berada di dewan komuniti bagi menghadiri majlis pengebumian bapa Menteri Dalam Negeri, Jalal al-Rowaishan.

Sekurang-kurangnya  20 mayat mangsa telah rentung hangus terbakar dan sebahagian yang lain kehilangan kaki dan terpaksa dirawat di tempat kejadian akibat runtuhan bangunan yang terbakar. Antara yang meninggal dunia adalah Datuk Bandar Sanaa, Abdel Qader Hilal.

“PAS menyeru masyarakat dunia supaya menolak sebarang campur tangan luar atau memberi keizinan kepada kuasa asing untuk menyelesaikan konflik dalaman negara,” katanya.

Katanya, PAS menyeru agar semua pihak sama ada Arab dan bukan Arab, Sunni, Syiah dan Khawarij kembali ke meja rundingan dan menolak sebarang sentimen mazhab dan perkauman.

“Fanatik mazhab dan semangat kebangsaan yang diapi-apikan hanyalah menguntungkan Zionis-Israel bagi menjayakan agenda memporak-perandakan negara umat Islam dan melupakan perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa,” ujarnya.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.