Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib bantu pulihara Tasik Cini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib bantu pulihara Tasik Cini

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa lebih satu jam setengah di Tasik Chini di sini, bagi menyokong usaha pemuliharaan pusat tarikan pelancongan terkenal di Pahang itu.

Beliau tiba di Tasik Chini pada kira-kira pukul 3 petang untuk menyertai masyarakat setempat termasuk Orang Asli, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan kumpulan aktivis alam sekitar menamam 350 batang pokok bagi membantu mengurangkan paras karbon dioksida di atmosfera.

Pada program itu, Najib turut menanam pokok Meranti Temak Nipis dan beliau dimaklumkan 350 batang pokok adalah simbolik komitmen kerajaan untuk mencapai tahap kepekatan karbon dioksida di udara yang selamat dan diterima di peringkat antarabangsa iaitu 350 bahagian per juta.

Anggota Parlimen Pekan itu seterusnya melepaskan anak ikan di Tasik Chini sebagai simbolik peningkatan mutu air selain sebagai inisiatif menambah bilangan ikan di tasik itu yang memiliki pelbagai jenis ikan seperti lampam, sebarau dan kelah.

Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Rosli Zul dan Pengarah Perhutanan negeri Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman.

Najib turut merasmikan Kompleks Makmal Air Tawar Tasik Chini yang dibangunkan ECERDC sebagai pusat penyelidikan dan pengawasan mutu air.

Kompleks berkenaan yang merupakan sebahagian daripada Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) terletak di kawasan seluas empat hektar, bertanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif penyelidikan, pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan ekopelancongan tapak warisan alam semulajadi itu.

UKM merupakan koordinator pertama PPTC sejak penubuhannya pada 2004.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.