Apple Memperkenalkan MacBook Pro Yang Dilengkapi Touch ID Dan Touch Bar
Apple hari ini telah mengadakan acara media khusus dalam mengumumkan beberapa perkara, dan seperti dinantikan ramai, pengumuman MacBook Pro baru mencuri perhatian ramai. Pengumuman komputer riba ini hadir bersempena dengan ulang-tahun ke-25 sejak Apple memperkenalkan komputer riba, sekaligus membawa salah satu perubahan besar pada komputer riba berkenaan.
MacBook Pro baru membawakan rekaan yang lebih ringan dan nipis berbanding sebelumnya – tetapi pada masa yang sama menggunakan cip pemprosesan dan grafik yang lebih berkuasa.
Perubahan besar pada komputer riba baru ini adalah penggunaan Touch Bar – iaitu sebuah skrin OLED dengan sokongan sentuh yang membolehkan pengguna menyusun dan mengawal apa yang dipaparkan, selain ia berubah mengikut aplikasi dan perisian yang digunakan.
Apple mempertontonkan beberapa contoh penggunaannya, termasuk panel berkenaan turut akan mencadangkan perkataan ketika pengguna sedang menaip.
Apple juga turut menyertakan sebuah Touch ID – iaitu pengimbas cap jari, pada bahagian kanan Touch Bar berkenaan. Ia boleh digunakan untuk log masuk komputer riba, ataupun mengesahkan sesuatu pembayaran menggunakan Apple Pay.
Macbook Pro baru ini hadir dalam dua pilihan saiz, iaitu 13-inci dan juga 15-inci. Selain papan kekunci, Apple turut melengkapkan komputer riba ini dengan Trackpad berasaskan Force Touch yang bersaiz lebih besar berbanding sebelumnya.
Untuk tujuan pengecasan, ia menggunakan port bersaiz USB-C. Apple melengkapkan empat port USB-C atau Thunderbolt 3, dan pengguna boleh menggunakan mana-mana port untuk tujuan pengecasan.
Sedang dikemaskini…
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eKJFie
Post a Comment