Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Hadir Dengan Teaser Video Untuk Mate 9 – Memfokuskan Kamera, Bateri Dan Cip Pemprosesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Hadir Dengan Teaser Video Untuk Mate 9 – Memfokuskan Kamera, Bateri Dan Cip Pemprosesan

Huawei akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Mate 9 secara rasminya pada 3 September 2016 kelak. Bersempena dengannya, mereka kini telah hadir dengan beberapa teaser, bukan sahaja dalam bentuk gambar, tetapi juga video.

Melalui tiga video yang dikeluarkan oleh Huawei, mereka dilihat memfokuskan kepada sokongan kamera, bateri dan juga cip pemprosesan.

Daripada video Huawei, mereka seperti memberikan petanda peranti mereka akan memfokuskan kepada kebolehan mengecas dengan pantas.

Disamping itu, Huawei juga turut menekankan kepada keupayaan multi-tasking, dan pada masa yang sama boleh beroperasi dengan lebih pantas dan efisyen. Huawei Mate 9 dijangka akan dijana menggunakan cip Kirin 960.

Dan dengan kerjasama pihak Leica, Huawei turut memfokuskan kepada sokongan kamera yang cantik – dan salah seorang yang ditemuramah seperti memberikan petanda gambar yang dirakamkan boleh mesra cetakkan.

Huawei Mate 9 dijangka hadir dalam dua variasi, dan satu turut dijangka menyertakan spesifikasi yang tinggi dan turut dilengkapi sokongan skrin melengkung tepi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 3 November 2016 ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Huawei kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eCp3bd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.