Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Tidak Lagi Menggunakan Port Pengecasan Berasaskan MagSafe - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Tidak Lagi Menggunakan Port Pengecasan Berasaskan MagSafe

Apple telah mula menggunakan pengecasan berasaskan MagSafe sejak daripada tahun 2006 yang lepas, dimana ia mengabungkan wayar pengecasan kepada komputer riba secara magnetik. Namun, ia tidak lagi digunakan pada komputer riba baru keluaran mereka sejak daripada Macbook bersaiz 12-inci.

MagSafe

Pada Macbook bersaiz 12-inci, Apple menggunakan port pengecasan berasaskan USB-C, dan kini pada komputer MacBook Pro baru, mereka turut menggunakan kaedah sama.

Sebelum ini, ramai menyukai MagSafe kerana ia mengelak komputer riba tertarik dan jatuh sekiranya orang terlanggar atau tersepak wayar pengecasan. Namun, dengan penggunaan USB-C, masalah berkenaan mungkin hadir, terutamanya ketika menggunakan komputer riba di kedai kopi dan sebagainya.

Tetapi, mungkin pada masa yang sama Apple membuangnya kerana masa bertahan bateri yang lebih baik berbanding sebelumnya, dan pada masa yang sama menjadikan komputer riba bersaiz lebih kompak lagi.

Bagi anda, adakah anda akan merindui MagSafe, atau anda lebih menyukai penggunaan berasaskan USB-C?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eWjdi2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.