Batalkan Perkahwinan Lepas Dapat Tahu Bakal Isteri Pernah Terlanjur …
Kejadian ini berlaku semasa kami hampir berkahwin dengan bakal suami saya. Saya bukanlah
seorang perempuan yang baik suatu ketika dahulu. Saya mengaku sebelum saya dengan bakal suami saya bercinta, saya telah terlanjur dengan bekas teman lelaki saya yang terdahulu. Saya tahu ianya silap besar saya kerana memberi mahkota wanita saya kepada lelaki sebelum akad nikah. Sungguh saya insaf! Tetapi apa kan daya, terlajak perahu boleh berundur ini terlajak dara sendiri yang hina.
Sungguh saya bertaubat dan insaf kerana melakukan hubungan terlarang tersebut. Sejak dari peristiwa itu saya nekad tinggalakan teman lelaki saya kerana terlalu takut akan hukum Allah.
Setelah beberapa tahun menyendiri, saya telah terbuka hati untuk seorang lelaki dijadikan sebagai imam dalam hidup saya. Namun begitu, saya tetap dihantui dengan peristiwa lama even saya dah lama bertaubat. Jadi saya merahsiakan kepada bakal suami saya tentang peristiwa lampau saya.
Hari semakin hari, perasan sayang kian bercambah dan saya telah pun melakukan solat istikharah. Saya bersyukur sangat kerana Allah telah beri petunjuk he’s the right man. Tetapi saya tidak sanggup untuk memberitahu kepada bakal suami bahawa saya pernah terlanjur semasa kejahilan di usia remaja. Saya takut sangat jika bakal suami saya tidak dapat menerima dan saya takut sangat jika dia meninggalkan hubungan kami yang sudah hampir setahun terjalin.
Sehari sebelum menikah, saya nekad untuk mmberitahu kepada bakal suami bahawa apa yang pernah terjadi kepada saya. Saya tahu saya akan melalui malam pertama dan sudah tentu bakal suami dapat tahu bahawa saya sudah tiada dara..
Terhenti jantung saya apabila bakal suami saya tidak dapat menerima apa yang telah terjadi pada diri saya dan dia mahu batalkan perkahwinan kami yang akan berlangsung pada esoknya. Telah berulang kali saya berkata padanya bahawa saya sudah bertaubat dan sangat2 kesal dari peristiwa tersebut. Namun dia tetap dengan keputusan dia. Saya rasa hidup saya seakan-akan sudah hilang segalanya. Bagai orang gila kerana saya sangat2 sayang padanya dan paling yang saya kesal, ibu bapa saya menanggung malu. Sehingga kini saya sudah tidak nampak akan bayangan dia lagi..
Nasihat saya kepada kaum wanita, jujurlah dengan bakal suami anda di waktu awal perkenalan. Dari situ kita dapat melihat sama ada bakal suami kita dapt terima kita seadanya atau sebaliknya..
sekian..
-hamba Allah terkutuk
The post Batalkan Perkahwinan Lepas Dapat Tahu Bakal Isteri Pernah Terlanjur … appeared first on RinganBerat.com.
Sumber RinganBerat.com http://ift.tt/2eimgRK
Post a Comment