Foto Sultan Kelantan Berjalan Bersama Rakyat Sambil Beramah Mesra
Foto Sultan Kelantan Berjalan Bersama Rakyat Sambil Beramah Mesra
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata.
Ini bersempena program Walkaton D’ Raja Kelantan 2016, Let’ Go With Me.
Baginda dan juga rakyat jelata telah berjalan sejauh 7 kilometer di program tersebut bermula jam 10 malam.
Walkaton bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra dan kembali semula ke stadium.
Program tersebut turut disertai adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Datuk Ahmad Yakob iaitu Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain turut menyertai walkaton kali ini.
Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga ‘bermandi cahaya’ dan terdapat kelainannya dengan kemeriahan tembakan bunga api serta persembahan kebudayaan di setiap ‘check point’.
Hujan lebat melanda di awal program namun rakyat jelata tidak berganjak dan terus setia bersama-sama baginda untuk menjayakan program malam ini.
Program yang memasuki edisi kelima sebelum ini dikenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada baginda sendiri.
Untuk pengetahuan program ini turut dicatat di dalam Malaysia Book of Records. -PENMERAHDOTCOM
The post Foto Sultan Kelantan Berjalan Bersama Rakyat Sambil Beramah Mesra appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment