Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Itu ‘Om Telolet Om’ Yang Sedang Trending Diseluruh Dunia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Itu ‘Om Telolet Om’ Yang Sedang Trending Diseluruh Dunia?

Perkataan ‘Om Telolet Om’ tiba-tiba menjadi topik hangat seluruh dunia hingga berada di carta trending laman Twitter. Ia juga trending di Google!

Om Telolet Om

Bagi yang tidak tahu apa-apa pasti tertanya-tanya, apa maksud sebenar ayat Om Telolet Om dan tahukah anda mengapa seluruh dunia tidak henti bercakap mengenainya?

Untuk pengetahuan anda, ‘Om Telolet Om’ sebenarnya adalah bahasa Indonesia yang jika secara longgar diterjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud ‘pak cik, bunyikan hon pak cik!’.

Om merujuk kepada perkataan pakcik manakala telolet bermaksud bunyi hon bas.

Penggunaan ayat itu dikatakan bermula sejak awal bulan disember lalu dan rakyat Indonesia tidak henti-henti bercakap mengenainya di laman sosial selama 12 jam hinggakan mencuri tumpuan beberapa DJ profesional dan pemuzik turut mengulas mengenai ‘telolet’ iaitu bunyi hon bas yang unik itu.

Om Telolet Om

Remaja Indonesia turut melakukan spam atau komen berulang ayat Om Telolet Om di ruangan komen akaun sosial artis terkenal.

Sebelum perkataan ‘Om Telolet Om!’ menjadi fenomena, difahamkan sebuah video menunjukkan kanak-kanak berdiri di tepi jalan raya sambil berteriak ‘Om Telolet Om!’ pada pemandu bas, telah tersebar menjadi viral di negara itu.

Menerusi video itu, kanak-kanak dilihat bersorak bergembira dan melambai tangan apabila pemandu bas tersebut membunyikan hon mereka.

Lama kelamaan, hiburan mudah itu mula tersebar ke bandar-bandar lain di Indonesia.

Malah, terdapat juga video-video memaparkan orang dewasa turut meminta ‘telolet’ dari pemandu bas.

Bunyi ‘telolet’ itu dikatakan seolah-olah menjadi hiburan yang dapat menceriakan hari mereka.

Melihat video ‘Om Telolet Om!’ itu, ramai netizen menyifatkan, kita tidak memerlukan wang yang banyak untuk bergembira, cukup hanya denganmendengar bunyi hon bas.

Om Telolet Om

Sementara itu, laman sesawang hiburan, Billboard menyifatkan bunyi hon itu mungkin akan menjadi tema dalam tarian masa depan.

Paling kelakar, perkataan ‘Om Telolet Om’ turut membanjiri ruangan komen laman sosial milik Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, Donald Trump.

Tindakan itu dikatakan dibuat oleh rakyat yang tidak menyokong beliau.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Maksud 'Lorem Ipsum' Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: Mynewshub



Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2inwf9U

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.