Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi Notebook Air 4G Diperkenalkan Untuk Pasaran China – Hadir Dengan Data 4G Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi Notebook Air 4G Diperkenalkan Untuk Pasaran China – Hadir Dengan Data 4G Percuma

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka yang dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G. Komputer riba terbaru mereka ini dinamakan sebagai Mi Notebook Air 4G dan hadir dalam variasi 12.5-inci dan 13.3-inci.

Mi Notebook Air 4G menawarkan spesifikasi lebih kurang sama seperti versi yang diperkenalkan pada bulan Julai lepas, dimana hadir dengan skrin 12.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Intel Core M3, memori 4GB LPDDR3 RAM, dan ruangan storan 128GB SSD. Komputer riba ini menawarkan masa bateri sehingga 11.5 jam, selain turut dilengkapi port USB 3.0, USB-C dan juga bicu audio.

Xiaomi Mi Notebook 4G

Mi Notebook Air 4G bersaiz 13.3-inci pula hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-enam – yang mana merupakan penaik-tarafan berbanding hanya Core i5 sebelum ini. Selain itu, spesifikasi lain adalah lebih kurang sama, termasuk penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce 940MX GPU, memori 8GB DDR4 RAM, dan ruangan storan 256GB SSD.

Xiaomi Mi Notebook 4G

Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 10 berbahasa China. Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G, dan Xiaomi menawarkan data percuma sebanyak 4GB secara terbina sebulan selama 12 bulan.

Dari segi harga, model 12.5-inci dengan 4G ini berharga CNY4699 (~RM3070), sementara model 13.3-inci pula berharga CNY6999 (~RM4512).






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i1qF0p

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.