Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nintendo Merancang Untuk Memperkenalkan Dua Ke Tiga Permua Setiap Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nintendo Merancang Untuk Memperkenalkan Dua Ke Tiga Permua Setiap Tahun

Nintendo boleh dikatakan antara pengeluar permainan konsol popular, dan mereka hanya menyertai arena permua (Permainan Mudah-Alih) pada tahun ini. Dua permainan telah hadir daripada mereka – dimana kedua-duanya menjadi bualan ramai, iaitu Pokemon Go dan juga Super Mario Run.

Bercakap lanjut mengenai strategi permua mereka, Nintendo mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan antara dua ke tiga permua setiap tahun, bermula daripada 2017 ini. Dengan fokus seperti ini, tidak mustahil ia menjadi salah satu sumber kewangan syarikat utama untuk Nintendo pada tahun-tahun akan datang.

Nintendo Super Mario Run

Pada masa yang sama, Nintendo hari ini turut berkongsi mengatakan permainan Super Mario Run telah dimuat-turun sebanyak 50 juta kali sehingga hari ini. Ia boleh dikatakan angka yang agak bagus untuk Nintendo, apatah lagi dengan penawaran permainan tersebut hanya untuk platform iOS sahaja buat masa ini.

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan apakah permua baru daripada Nintendo pada 2017 kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2h94vFf

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.