Google Bakal Memperkenalkan Dua Jam Tangan Pintar Android Wear 2.0 Pada Awal 2017
Google sebelum ini telah diperkatakan beberapa kali bakal hadir dengan jam tangan pintar tersendiri, dan hari ini melalui temuramah bersama pihak The Verge, wakil Google mengesahkan dan mengatakan mereka bakal memperkenalkan dua jam tangan pintar Android Wear daripada rakan kerjasama mereka pada awal 2017 kelak.
Kedua-dua jam tangan pintar ini bakal dilengkapi Android Wear 2.0, yang mana menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan untuk memasang aplikasi tanpa perlu melalui telefon pintar.
Kedua-dua jam tangan pintar ini akan menggunakan jenama syarikat kerjasama tersebut, dan bukannya jenama Google seperti pixel. Secara tidak langsung, ia lebih kurang seperti “Nexus untuk jam tangan pintar”.
Arena jam tangan pintar sendiri mempunyai permintaan yang agak rendah berbanding peranti lain. Jualan jam tangan pintar boleh dikatakan agak kurang memberangsangkan, membuatkan beberapa pengeluar menangguhkan pengenalan jam tangan pintar baru mereka.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Google dikatakan mungkin memperkenalkan jam tangan pintar dengan sokongan selular, selain satu jam tangan biasa pada 2017 kelak. Sekiranya bertuah, berkemungkinan kita akan dapat melihat ia seawal CES 2017 yang dijangka berlangsung pada awal 2017 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2igqPSa
Post a Comment