Bank tak tengok CCRIS dan CTOS je untuk luluskan loan rumah. Ini perkara yang ramai orang tak tahu
Ada berlambak strategi dekat Google yang korang boleh baca.
Tapi Tok tahu. Masalah utama korang adalah tak tahu nak amalkan yang mana satu. Banyak sangat maklumat pun tak elok jugak.
Takpe. Tok ada dekat sini untuk mudahkan kerja korang.
Selagi korang amalkan 5 strategi yang Tok baca dekat blog PropertyGuru ni, In Shaa Allah permohonan loan korang ada potensi tinggi untuk lulus dengan mudah.
Pembeli rumah pertama kali, elok sangat baca perkongsian ni. Banyak masa korang boleh jimatkan sebab tak payah dah nak turun naik bank pasal loan tak lepas.
CCRIS dan CTOS – Ini je ke bank tengok untuk luluskan loan rumah?
Ramai yang tak tahu fakta ni.
Bank dekat Malaysia tak tertumpu kepada CCRIS dan CTOS semata-mata untuk lepaskan permohonan loan korang.
Dan seperti yang korang dah sedia tahu. Lain bank, lain cara mereka proses maklumat pemohon. Bermakna, proses loan approval bank sotong, tak sama dengan bank rimau.
Jangan korang risau. Apa-apa hal, bank-bank di Malaysia masih jadikan 3C ini sebagai fundamentals (asas) untuk menapis pemohon yang bermasalah.
Ada 3 faktor utama yang akan tentukan sama ada loan korang bakal lulus atau tak:
- Character,
- Capital,
- Capacity.
3 perkara anda wajib jaga supaya loan rumah lulus dengan sekali permohonan
Secara asas, 3C ini berfungsi sebagai penentu loan korang lulus, selain daripada nak tentukan berapa amaun pinjaman dan juga kadar interest (faedah).
Tok pecahkan 3 perkara ini supaya korang lebih mudah nak hadam dan faham:
#1: Character (sikap si peminjam)
Bank tentukan watak peminjam dengan meneliti sikap korang membayar balik segala pinjaman yang pernah korang buat.
Antara perkara penting yang bank akan tengok adalah:
- sejarah kredit yang korang pernah buat sebelum ni (past borrowings),
- tempoh korang menetap di sesebuah kawasan,
- tempoh bekerja di satu-satu syarikat,
- keupayaan korang membuat pembayaran hutang.
#2: Capital (modal)
Capital pula merujuk kepada aset berharga yang korang boleh gunakan sebagai cagaran (collateral).
Antara perkara yang tergolong dalam kategori ini seperti:
- sebarang pelaburan yang korang buat (tak kira secara personal atau berkumpulan),
- segala simpanan yang ada,
- pelaburan lain – yang boleh digunakan untuk membayar balik hutang kalau pendapatan korang tak mencukupi.
#3: Capacity (keupayaan membayar balik hutang)
Capacity pulak merujuk kepada keupayaan korang membayar balik hutang.
Benda ni bergantung dekat kekuatan kewangan korang (gaji bulanan, pendapatan lain, dan sebagainya).
Korang wajib kena ada aliran pendapatan (cash flow) yang stabil. Baru bank berani nak pinjamkan duit kepada korang.
Yang ni pulak, bank akan tengok:
- pendapatan semasa korang,
- jumlah bayaran balik pinjaman yang korang pernah buat,
- perbelanjaan sara hidup semasa,
- jumlah hutang semasa,
- bilangan tanggungan yang ada.
Apa yang anda boleh buat untuk tambah baik 3 perkara ni?
Sebelum tu, jom layan dulu infografik ringkas kat bawah ni:
#1: Loan susah lulus kalau anda suka lambat bayar hutang
Penting untuk bayar hutang tepat pada masanya.
Bank pulak suka berurusan dengan orang yang macam ni. Mereka tahu korang ni boleh dipercayai dan diharap dalam membayar balik hutang yang ada.
Kalau jenis yang suka-suka bayar hutang lambat, jangan terkejut kalau bank tak bagi lepas loan application korang tu.
Bank boleh tengok rekod sejarah kredit korang via CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan juga agensi lain seperti CTOS.
Tok simpulkan dengan mudah ya. Kalau korang ada perangai suka lambat bayar hutang, memang susah bank nak luluskan loan application korang.
Nota: Nak tau bank suka tengok CCRIS dan CTOS yang macam mana? Klik sini sekarang untuk baca.
#2: Ada sumber pendapatan yang stabil
Senang je nak lulus loan rumah kalau korang ada pekerjaan yang stabil.
Dengan pekerjaan yang stabil, bank akan anggap korang sebagai peminjam yang rendah risiko.
Ini sama sekali akan tingkatkan skor kredit korang. Dan bank juga tak perlu risau korang terlepas bayar balik pinjaman yang korang buat.
#3: Cari aset banyak-banyak
Dengan ada aset seperti hartanah, sebarang pelaburan, atau simpanan yang banyak dalam bank juga akan bantu bank luluskan loan rumah dengan mudah.
Semua ini buatkan bank anggap korang sebagai seorang yang ada kekuatan dari sudut kewangan.
Senang cerita, kalau dapat buktikan kewangan korang kukuh di mata bank, memang senang je nak lulus loan rumah.
#4: Kurangkan hutang, tambahkan pendapatan
Untuk dapatkan skor kredit yang terbaik, cuba sehabis boleh kurangkan jumlah hutang yang ada.
Dengan membayar hutang yang ada secara konsisten setiap bulan, ini akan bagi kesan positif kepada skor kredit korang.
Korang juga dapat kurangkan jumlah hutang bila konsisten buat ini.
Paling penting, korang fokus untuk settle-kan hutang kad kredit. Sebab ini yang akan beri impak yang besar kepada skor kredit korang.
Dan bukan idea yang bagus untuk memohon pinjaman lain sebelum korang memohon loan rumah dekat bank. Elak buat benda ni sehabis boleh ya.
#5: Pelanggan setia ada peluang tinggi lulus loan dengan cemerlang
Siapa yang jadi pelanggan kesayangan sesuatu bisnes, pasti ada banyak peluang menarik yang menanti korang.
Sama jugak dengan bank. Kalau korang dah lama jadi pelanggan sesebuah bank, memang senang mereka nak bagi lepas permohonan loan rumah korang tu.
Ini juga akan meningkatkan skor kredit korang dengan baik. Tapi, pastikan yang korang tak buat hal dengan bank, seperti lewat bayar hutang kad kredit atau lain-lain yang berkaitan.
—
Tok doakan permohonan korang lulus dengan cemerlang lepas habis baca dan amalkan perkongsian ini.
Ramai yang setuju dan cakap polisi bank semakin ketat untuk luluskan loan rumah pada hari ini. Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat apa-apa langsung.
Sentiasa patah balik kepada perkara paling asas. Sebab ilmu fundementals tu yang penting. Selagi korang tak cuba buat, korang takkan dapat hasilnya.
Apa dokumen anda patut sediakan supaya bank luluskan loan rumah anda (dalam masa kurang 3 minggu)?
Dalam banyak-banyak kes yang Tok kaji, memang ini masalah utama yang ramai orang buat masa nak apply loan rumah.
Padahal, senang je nak buat. Ingat pesanan Tok ni sentiasa:
“Kerja kita adalah nak senangkan kerja bank dalam proses dapatkan loan.”
Apa yang Tok kongsikan dalam eBook ni akan tingkatkan peluang loan korang lulus sehingga 100%. Dan ini bukan sekadar janji kosong ya. Memang dah terbukti berkesan!
Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:
>>> KLIK SINI SEKARANG UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<
The post Bank tak tengok CCRIS dan CTOS je untuk luluskan loan rumah. Ini perkara yang ramai orang tak tahu appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2hVucLa
Post a Comment