Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prisma Kini Menyertakan Sokongan Sosial Pada Aplikasi Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prisma Kini Menyertakan Sokongan Sosial Pada Aplikasi Mereka

Prisma merupakan salah satu aplikasi yang diperkatakan ramai pada tahun ini, dimana ia hadir dengan sokongan menambah kesan penuras pada gambar dalam menjadikan gambar hadir seumpama lakaran grafik. Ia ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS, dan hanya memfokuskan kepada fungsi penyuntingan dan menambah kesan penuras sahaja sebelum ini.

Kini, perkara berkenaan berubah, dan pihak Prisma dilihat menjadikan perkhidmatan mereka lebih sosial. Seperti pada Instagram, kini Prisma turut menyertakan sebuah latar masa terbina bagi membolehkan pengguna mengikuti gambar-gambar terkini daripada rakan-rakan lain, selain daripada sokongan profil.

Prisma

Disamping itu, untuk pengguna iOS, pihak Prisma turut telah menambah sokongan untuk menggunakan gambar pada sebarang resolusi – dan tidak lagi terhad kepada hanya empat-segi sama seperti sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Prisma, boleh mengemaskini aplikasi anda di Android atau iOS, dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.

Muat-Turun Prisma untuk Android

Muat-Turun Prisma untuk iPhone






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ij4lvU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.