Samsung Memfailkan Tanda Dagang “Beast Mode” – Sistem Overclock Untuk Galaxy S8?
Peranti pintar di dalam tangan kebanyakan pengguna hari ini adalah jauh lebih berkuasa berbanding sebuah PC sepuluh tahun yang lalu. Permainan seperti GTA III yang dahulunya memerlukan kad grafik berkuasa tinggi kini boleh dimainkan dengan lancar pada peranti pertengahan. Samsung memfailkan tanda dagang “Beast Mode” yang berkait rapat dengan penggunaan peranti pintar.
Spekulasi setakat ini ialah ia mungkin sistem overclock untuk peranti pintar mereka. Samsung Galaxy S8 yang akan hadir tahun hadapan mungkin akan menggunakan Snapdragon 835. Ini ialah pemproses yang berkuasa tetapi dengan Beast Mode ia mungkin boleh dipertingkatkan lagi.
Melalui ujian beta Nougat, Galaxy S7 hadir dengan sistem tetapan baru yang membolehkan pengguna memilih mod Normal, Game, Entertaintment dan High Performance. Oleh itu kebarangkalian Beast Mode ialah tetapan tertinggi pemproses S8 adalah agak tinggi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hbWUJh
Post a Comment