Promosi Penyesuai MacBook Pro Pada Harga Lebih Rendah Disambung Sehingga Mac 2017
November lalu Apple mengumumkan promosi harga jualan kesemua penyesuai untuk MacBook Pro. Ini dilakukan selepas menerima komen negatif dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan harga jualan yang agak mahal. Promosi ini pada asalnya hanya akan ditawarkan sehingga 31 Disember hadapan tetapi kini disambung sehingga Mac 2017.
Dengan ini pengguna yang membeli MacBook Pro 2016 bulan ini mempunyai masa beberapa bulan untuk mendapatkan penyesuai USB-C yang diperlukan untuk tugasan harian. Setakat ini reaksi dari pemilik MacBook Pro 2016 secara keseluruhannya positif. Komen negatif yang diterima ialah masalah bateri yang tidak bertahan seperti yang diiklankan.
Sudah berapa ramai pembaca Amanz sudah membeli komputer riba terkini ini? Apakah komen anda mengenainya? Kami secara peribadi merasakan kekunci yang digunakan terlalu nipis dan tidak sebaik model-model MacBook sebelum ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ihCDj9
Post a Comment