Hi! Welcome Back and Stay Tune! Big Blue Taxi Mula Menggunakan Sistem E-Tiket Untuk Mengelakkan Penipuan Tambang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Big Blue Taxi Mula Menggunakan Sistem E-Tiket Untuk Mengelakkan Penipuan Tambang

Salah satu perkara yang sering menjadi igauan ramai pengguna dalam mendapatkan teksi adalah penipuan tambang oleh pemandu, dan sengaja menggunakan jalan yang jauh untuk mendapatkan kos tambang lebih tinggi. Disebabkan oleh itu, perkhidmatan seperti Grab dan Uber adalah lebih popular dikalangan pengguna Lembah Klang dan bandar-bandar utama lain.

Terkini, dalam usaha mengatasinya, pihak Big Blue Taxi mengumumkan mereka akan mengimplementasi sistem tiket elektronik untuk semua pemandu teksi dibawah syarikat mereka. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 1 Januari ini.

Melaluinya, pengguna akan dikenakan caj tambang tetap tanpa sebarang caj tersembunyi, sementara pemandu teksi tidak lagi perlu menggunakan meter untuk mengira tambang. Pemandu akan diberikan resit pembayaran lebih awal sebelum menaiki sesuatu teksi, dan mereka turut akan menerima data pemandu dan kenderaan yang dinaiki.

Seperti biasa, pengguna boleh memilih untuk membuat pembayaran menggunakan tunai atau kad, selain pilihan teksi bajet atau eksekutif.

Buat masa ini, perkhidmatan tiket elektronik untuk teksi dibawah Big Blue akan beroperasi di KLCC dan Publika. Ia dijangka diperluaskan ke lokasi lain pada masa akan datang.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hAjTj2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.