Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wiko Ufeel Prime, Smartphone Premium Pada Harga Serendah RM899 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wiko Ufeel Prime, Smartphone Premium Pada Harga Serendah RM899

Harga Wiko UFeel Prime Malaysia

Nampaknya telefon bimbit berjenama Wiko semakin mendapat tempat di Malaysia. Awal tahun ini mereka telah memperkenalkan tiga peranti kelas pertengahan dan peranti mampu milik yang terdiri daripada Wiko Lenny 2, Wiko Fever dan sebuah model premium Wiko Highway Pure Swarovski yang kini telah pun berada di pasaran tempatan.

Baru-baru ini, pengeluar telefon pintar dari Perancis ini telah mengemaskini barisan smartphone mereka dengan memperkenalkan siri baru Wiko Ufeel dengan tiga pilihan Variasi iaitu Ufeel Prime, Ufeel Lite dan Wiko Ufeel.

Wiko Ufeel Prime Dengan Rekaan Logam Unibody Yang Premium

Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Wiko Ufeel Prime Dengan Rekaan Logam Yang Premium Berwarna Emas

Antara ketiga-tiga model yang diperkenalkan Wiko Ufeel Prime merupakan model premium yang hadir dengan rekaan logam unibody bewarna emas. Di bahagian hadapannya hadir dengan skrin bersaiz  5.0 inci pada resolusi Full-HD 1080P memberikan paparan yang jelas, terperinci dengan warna yang lebih semula jadi. Tambahan pula, skrinnya menggunakan lapisan kaca 2.5D memberikan kesan yang lebih premiun pada keseluruhan sisi skrinya.

Di bahagian bawahnya pula tertera pengimbas cap jari bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Wiko juga memperkenalkan fungsi baru dimana anda boleh menggunakan kelima-lima jari bagi mengakses fungsi yang berbeza dengan menggunakan pengimbas cap jari. Sebagai contoh, anda boleh gunakan ibu jari untuk membuka kunci smartphone, jari telunjuk mengakses aplikasi Instagram, jari tengah melancarkan kamera dan sebagainya. Ianya seperti capaian pintas dengan hanya menggunakan pengimbas cap jari.

Wiko Ufeel Prime, Pemproses 8-Teras, 4GB RAM, 32GB Memori Dalaman

Di bahagian dalam, peranti dengan harga jualan serendah RM899 ini menggunakan pemproses berkuasa dari Snapdragon 430 dengan kebolehan CPU 8-Teras 1.4 Ghz. Peranti ini juga hadir dengan keupayaan cip grafik Adreno 505 GPU. Selain itu, peranti pertengahan ini juga dipadukan dengan 4GB RAM untuk fungsi Multitasking yang lebih efektif berserta memori dalaman sebesar 32GB. Jika masih belum mencukupi, anda boleh menambah kad microSD yang boleh dimuatkan sehingga 64GB.

Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Benchmark Wiko Ufeel Prime Dari Aplikasi GeekBench Dan AnTuTu Benchmark v6.2.6

Dengan RAM yang besar serta CPU 8-Teras, prestasi Wiko Ufeel Prime agak baik dan lancar digunakan. Ia mendapat kedudukan agak baik dengan skor 2001 di GeekBench dan skor 44113 di AnTuTu Benchmark v6.2.6. Penggunaanya juga agak lancar walaupon menjalankan beberpa aplikasi serentak.

Wiko Ufeel Prime, Kamera 13MP, Dual LED Flash, Kamera Selfie 8MP

Kamera merupakan salah satu fungsi terbaik untuk peranti ini. Wiko Ufeel Prime hadir dengan lensa utama 13 Megapixel dengan sensor Sony IMX 258 serta 8 Megapixels di bahagian hadapan untuk Selfie dan juga panggilan Video. Peranti ini juga hadir dengan Dual-LED Flash, PDAF serta perakam video HD 1080P.

Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Kamera Wiko Ufeel Prime Dengan Pelbagai Fungsi Dan Mod Fotografi

Selain itu, Wiko Ufeel Prime hadir dengan pelbagau mod-mod fotografi termasuk HDR, Panorama, Sports, Mod Malam dan juga Mod Professional yang membenarkan anda menggunakan aturan sendiri untuk ISO, Manual Focus dan sebaginya bagi menghasilkan gambar yang lebih kreatif dan menarik.

Bagi yang gemar mengambil gambar Selfie, peranti ini turut hadir dengan Mod Facebeauty untuk hasilkan gambar selfie yang lebih baik. Tambahan pula, terdapat fungsi Selfie Flash yang sangat membantu anda mengambil gambar selfie dengan baik walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya.

Wiko Ufeel Prime, Android 6.0 MarshMallow Dengan Pelbagai Fungsi

Untuk software dalaman, Wiko Ufeel Prime dijalankan menggunakan platform Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka khas Wiko UI yang lebik unik, kemas dan lebih mesra pengguna. Selain dari aplikasi sedia ada dari Google, Wiko turut tampilkan beberapa aplikasi khas untuk perantinya seperti Wiko Launcher, My Music, Phone Assist, Weather, My Smart Left Page dan sebagainya.

Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Antaramuka Wiko Ufeel Prime Yang Ringkas dan Kemas

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini ialah termasuk sokongan Dual-SIM dengan rangkaian 4G LTE, kapasiti bateri Li-Po 3000 mAh, Radio FM dan sebagainya. Penggunaan baterinya juga agak menjimatkan untuk kegunaan biasa dengan WiFi yang sentiasa terbuka. Untuk memori dalaman pula, model 32GB masih lagi berbaki 22.18 GB yang sudah tentunya mencukupi memuatkan banyak file gambar, lagu, video dan juga aplikasi permainan walaupun tidak menggunakan kan tambahan microSD.

Harga Wiko Ufeel Prime Di Malaysia Serendah RM899

Wiko UFeel Prime Wiko UFeel Prime
Unboxing Wiko Ufeel Prime, Apa Yang Terdapat Di Dalam Kotak

Wiko UFeel Prime merupakan sebuah smartphone yang berbaloi dimiliki. Ia bukan sahaja menawarkan rekaan yang premium, spesifikasi yang mantap, malah turut menawarkan harga yang berpatutan. Harga Wiko Ufeel Prime di Malaysia adalah serendah RM899. Ia sudah boleh didapati dari pengedar rasmi Wiko dan juga di kedai-kedai atas talian.

Setiap pembelian Wiko Ufeel Prime, anda akan menerima Wiko Ufeel Prime smartphone, AC adapter, USB Cable serta aksesori tambahan termasuk earphone, skrin protector dan juga TPU Case. Untuk maklumat lanjut mengenai Wiko Ufeel Prime anda boleh layari laman rasmi Wiko Malaysia atau melalui laman Facebook Wiko Malaysia.

The post Wiko Ufeel Prime, Smartphone Premium Pada Harga Serendah RM899 appeared first on Mesra Mobile.



Penyumbang : Mesra Mobile http://ift.tt/2idOX7f

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.