Facebook Sedang Membangunkan Sistem Mengesan Kandungan Berhak Cipta
Facebook mempunyai lebih satu billion pengguna aktif setiap hari. Ia juga kini semakin popular sebagai platform perkongsian video viral. Sungguhpun begitu ia mempunyai masalah kronik kandungan video yang dicuri dari YouTube. Ia amat popular di kalangan pages yang menyebarkan kandungan viral dan mahu memburu like. Fenomena mencuri ini dikenali sebagai Freebooting.
Masalah yang sudah berlarutan bertahun lamanya ini mungkin akhirnya akan diselesaikan. Facebook dilaporkan sedang membangunkan sistem mengesan kandungan berhak cipta. Apabila dikesan ia akan dipadam pada kadar segera. Ia turut boleh mengesan penggunaan audio muzik tanpa kebenaran di dalam video yang dimuat naik pengguna.
Ini ialah sama seprti sistem Content ID yang digunakan oleh YouTube yang memburu video dengan kandungan berhak cipta. Dengan adanya sistem ini masalah menonton filem tempatan dan luar negara terus dari Facebook akan berakhir.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ivJrug
Post a Comment