Cyanogenmod Menghentikan Kesemua Operasi 31 Disember Ini
Di dalam arena custon ROM Android, Cyanogenmod ialah nama yabg tidak asing lagi. Mereka lebih pantas memberikan kemas kini kepada peranti popular berbanding pengeluarnya sendiri. Tidak terhad kepada itu, mereka juga memberikan kemas kini kepada peranti lama yang tidak lagi disokong secara rasmi oleh pengeluar.
Berita mengejut hari inu ialah Cyanogenmod akan menghentikan kesemua operasi mereka selewat-lewatnya pada 31 Disember ini. Pengumuman yang cukup tidak disangka ini dilakukan menerusi blog rasmi mereka. Sejak kebelakangan ini syarikat ini mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa memberhentikan sejumlah pekerja. Penghentian operasi ini pastinya mengecewakan komuniti ROM seluruh dunia.
Hanya dua tahun yang lalu mereka mahu diambil alih oleh Google tetapi gagal mendapatkan kata sepakat. Malahan pada tahun 2015 Cyanogen dengan akuh mengatakan mereka akan mengambil alih Android daripada Google dalam masa dua tahu. Kini mereka berkubur dan meninggalkan jutaan pengguna yang bergantung kepada kemas kini sisten operasi mereka. Terima kasih Cyanogen atas usaha anda selama ini
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iqtMM0
Post a Comment