Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firefox Akan Menyokong Windows XP Dan Vista Sekurang-Kurangnya Sehingga September 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firefox Akan Menyokong Windows XP Dan Vista Sekurang-Kurangnya Sehingga September 2017

Windows XP dan juga Windows Vista adalah dua sistem operasi daripada Microsoft yang telah mula dihentikan sokongan untuknya oleh beberapa pengeluar – antara sebabnya adalah kerana Microsoft sendiri yang memfokuskan kepada sistem operasi Windows 7 dan keatas, selain beberapa sokongan moden yang sukar dilaksanakan padanya.

Selepas beberapa pengeluar mengumumkan perancangan mereka untuk menamatkan sokongan untuk Windows XP dan Vista, kini pihak Mozilla turut berkongsi perancangan mereka untuk pelayar web Firefox bagi dua sistem operasi berkenaan.

Menurut Mozilla, bermula bulan Mac 2017 kelak, semua pengguna Firefox pada sistem operasi Windows XP dan Vista akan dinaik-taraf secara automatik kepada Firefox ESR (Extended Support Release). Biasanya versi ini digunakan untuk organisasi, sekolah dan sebagainya – dimana ia menawarkan kemaskini sekuriti untuk tempoh yang lama berbanding dengan versi biasa.

Mozilla akan menyokongnya sehingga bulan September 2017 kelak. Mozilla mengatakan mereka akan membuat keputusan untuk menawarkan sokongan lanjut ataupun tidak berdasarkan angka pengguna daripada Windows XP dan Vista sekitar pertengahan tahun 2017 kelak – dan sekiranya masih ramai, maka mungkin mereka akan meneruskan sokongan untuknya.

Seperti biasa, pihak Mozilla turut mengalakkan pengguna untuk menaik-taraf sistem operasi Windows ke versi terbaru, dan memastikan mereka kekal menerima kemaskini sekuriti semasa.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ioOhJ4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.