Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rasa Macam Nak Pergi JAUH” Whatsapp Terakhir Tunang Sebelum Nahas Buat Hati PILU !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rasa Macam Nak Pergi JAUH” Whatsapp Terakhir Tunang Sebelum Nahas Buat Hati PILU !!!

“Rasa Macam Nak Pergi JAUH” Whatsapp Terakhir Tunang Sebelum Nahas Buat Hati PILU !!! | “Saya rasa nak pergi jauh” adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi tadi.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Haripadli Manurung Ramlan, 26, berkata, kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantarnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

“WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’ jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

“Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan,” katanya

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas. “Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam,” katanya. Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan. KREDIT UTUSAN.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post “Rasa Macam Nak Pergi JAUH” Whatsapp Terakhir Tunang Sebelum Nahas Buat Hati PILU !!! appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : SAYALUVISLAM http://ift.tt/2idmJH5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.