Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

Datuk Razali Ibrahim berpuas hati dengan tangkapan kes rasuah besar yang dilakukan SPRM – Foto Free Malaysia Today

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tidak bersetuju dengan persepsi seseorang memilik kereta mewah, rumah besar terlibat dengan rasuah.

Katanya, persepsi itu sangat bahaya kerana boleh merencatkan usaha kerajaan untuk melihat rakyatnya mempunyai pendapatan tinggi dengan usaha yang sah.

“Orang ramai harus elak daripada persepsi ini. Jangan tengok jiran beli kereta mewah kemudian anda buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita harus siasat dan teliti dahulu. Mungkin dia beli kereta mewah kerana perniagaannya maju dan dia pula antara produk kerajaan yang menggalakkan rakyatnya menambah pendapatan melalui kerjaya yang sah,” katanya.

Menurut Razali, dalam konteks bilis dan jerung, beliau menempelak dakwaan pihak tertentu kononnya tangkapan pegawai kanan dan rampasan wang tunai terbesar di Sabah baru-baru ini bukan dalam kategori jerung.

“Sejumlah wang tunai yang begitu banyak dirampas dan rekod dalam sejarah rasuah di negara ini, mereka kata bukan jerung.

“Sebagai pihak yang menjaga undang-undang, saya nak tahu juga macam mana bentuk jerung yang mereka maksudkan,” katanya lapor Malaysia Gazette.


Untuk penghuraian lanjut bentuk jerung itu elok kita baca tulisan oleh Datuk Husam Musa yang disiarkan di portal Malaysiakini pada Jun 2016.

Malaysiakini: Tuntutan IPIC- Aabar, siapa kebas RM14.2 bilion?

Bumi untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpijak semakin mengecil.

Jika tuntutan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, Malaysia akan dihempap oleh beban kewangan sebesar RM 26.7 bilion atau AS$6.5 bilion!

Seawal 2014, Gabenor Bank Negara Malaysia melalui dua memorandum telah memberikan amaran kepada kerajaan pimpinan Najib risiko gegaran kewangan besar yang akan ditanggung oleh negara dari ‘aktiviti’ 1MDB.

Kini, pra gegaran itu sahaja sudah menggegarkan!

Antara isu dalam hubungan 1MDB dan rakan niaganya IPIC ialah salah pembayaran oleh 1MDB.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti dalam laporannya, mengesahkan – sejumlah AS$1.3 bilion atau RM 4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.

Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada 1MDB berjumlah AS$2.1 bilion turut dibuat.

PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan tembaga pengarah 1MDB!

Bukan jumlah wang yang kecil. Bahkan, sudah tersangat besar.

Bagaimana 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu?

Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain – iaitu Aabar BVI!

Beza Muhyidin dan Mahyidin

Namanya seakan sama, ejaan sahaja berbeza. Tetapi, si bodoh dari kutub pun tahu, ia dua entiti yang berbeza.

Seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, 1MDB gagal membezakan antara Muhyidin dan Mahyidin.

Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian. Aabar yang sebenar tidak dibayar.

Hasilnya, wang sejumlah AS$3.47 bilion atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!

Soalnya, siapakah ‘orang’ itu?

Mengikut kenyataan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah ‘ditipu secara besar-besaran (massive fraud)’ atau ‘kerjasama tali barut dari dalam’ 1MDB sendiri (collaboration from our side).

Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu!

Bersekali dengan perdana menteri ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.

Tidak begitu bagi Najib yang cukup tenang.

Dalam jawapannya di Parlimen pada April tahun ini – hanya berbeza hari dengan kenyatan Arul Kanda – ‘terlalu awal untuk menyimpulkan adanya unsur penipuan’.

Kenapa terdapat kesimpulan yang begitu ketara perbezaan antara dua kenyataan ini?

Satu, 1MDB ada kemungkinan ditipu kerana membuat pembayaran yang salah.

Satu lagi, cuba menolak adanya unsur penipuan.

Jika bukan kerana ditipu dan niat buruk melarikan wang itu, kenapa pembayaran itu dibuat?

Bukan sekali, tetapi empat pembayaran.

Tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Seperti kura-kura

Jika sedikit sahaja semakan dibuat oleh 1MDB sebelum pembayaran dibuat, tidak ada nama Aabar BVI dalam senarai anak syarikat IPIC seperti laporan tahunannya bagi tahun 2011 sampai 2014 dan dalam laporan interim bagi tahun 2015.

Jika Arul Kanda mengatakan ada kemungkinan unsur jenayah dalam salah pembayaran sebesar ini, apa tindakan yang telah Arul Kanda lakukan?

Laporan polis?

Laporan kepada PM?

Apa pula tindak balas PM?

Mengarahkan polis menyiasat?

Adakah PDRM akan bergerak seperti kura-kura jika PM telah mengarahkan mereka memberkas siapa jua yang terlibat?

Adakah polis Malaysia begitu tidak cekap sehingga tiada apa dilakukan ke atas jenayah sebesar ini?

Apa langkah menteri kewangan atau PM untuk menuntut semula wang itu?

Kenapa perdana menteri tidak mengguna pakai Laporan PAC dan bertindak ke atas pengurusan yang telah melanggar arahan Lembaga Pengarah?

Apa pun, mengikut Artikel 117, MNA 1MDB, kuasa pemutus dalam 1MDB tidak lain dan tidak bukan adalah perdana menteri sendiri.

Kenapa beliau tidak bertindak?

Kerana dari awal lagi salah pembayaran itu telah dirancang?

Perlindungan kuasa tertinggi

Tanpa perlindungan kuasa tertinggi, tidak mungkin bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berani melakukan jenayah sebesar itu.

Jika ia memang dirancang, adakah wang sebesar RM14 bilion tidak pulang semula ke pangkuan perancangnya?

Sudah tentu dua figur dalam IPIC dan Aabar PJS yang telah dipecat, iaitu Khadem al Qubaisi dan Mohamed al Husseiny mempunyai jawapannya ke mana wang itu telah diagih-agihkan.

Tetapi kerana perdana menteri kita tidak berminat untuk tahu ke mana wang yang telah dibayar oleh rakyat Malaysia dan negara ini dilarikan oleh Aabar BVI atas sebab yang ia sendiri tahu, pihak berkuasa kita tidak diarahkan untuk menyoal siasat kedua-dua mereka.

Najib tidak kelihatan agresif mempertahankan kepentingan negara.

Kita telah kehilangan tempat pergantungan untuk negara kita dibela oleh kita sendiri.

Kita hanya bernasib kerana dunia di luar kita meneruskan dinamika dan perputaran. IPIC dengan tuntutannya, telah banyak membantu kita rakyat Malaysia dalam memahami isu 1MDB.

Bagi yang berdosa ke atas rakyat dan negara ini, akhirnya mereka akan membilang hari hanya dengan jari.

Dosa anda akan tetap terserlah jua.

Datuk Husam Musa adalah bekas naib presiden PAS yang kini dipecat parti itu tetapi kekal sebagai ADUN Salor.


KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

TERKINIMukhriz dakwa bertemu secara sulit dengan Khairy bincang 1MDB, derma Arab Saudi

KLIK BACARinggit tenat Bank Negara cuma bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

KLIK BACA: Mukhriz dedah Khairy pernah hantar surat letak jawatan kepada Najib

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

The post Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2hgjz53

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.