Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kit Siang mahu Orang Asli setaraf Melayu, Bumiputera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kit Siang mahu Orang Asli setaraf Melayu, Bumiputera

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu Perlembagaan Malaysia dipinda bagi membolehkan Orang Asli (OA) setaraf dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera dari segi keistimewaannya.

Antara keistimewaan tersebut termasuk pendidikan, perkhidmatan awam, biasiswa, perniagaan dan perlindungan dalam soal tanah rizab, ujar beliau.

“DAP akan terus menyokong kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping melindungi hak kumpulan etnik yang lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bermakna kita juga mahu membantu untuk ianya dinikmati oleh semua masyarakat yang memerlukan,” ujar beliau yang juga ketua anggota parlimen DAP dalam kenyataan.

Tambah beliau, kedudukan istimewa adalah untuk Bumiputera yang memerlukan dan bukan sekadar untuk Umnoputra yang kaya-raya.

Ia juga untuk orang bukan Melayu yang mundur dalam memerlukan bantuan dalam keperluan untuk mempunyai akses kepada program-program tindakan afirmatif, katanya lagi.

“Dalam hal ini, saya ingin menegaskan bahawa Bumiputera yang pertama dan asal di Malaysia iaitu OA telah lama diabaikan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, hampir 60 tahun yang lalu,” ujar beliau lagi.

Katanya, OA berada di negara ini selama ribuan tahun, namun, masih dilayan secara tidak adil oleh pihak berkuasa.

Dari segi keistimewaan, tiada sesiapa yang lebih berhak untuk mendapatkannya daripada masyarakat OA yang layak untuk diberikan kedudukan berkenaan, jelasnya.

Pada tahun 2010, terdapat 178,197 masyarakat OA di Malaysia dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diberikan tanggungjawab untuk menyelia mereka.

“Sebagai permulaan, kita perlu aturkan OA untuk menerajui JAKOA tanpa mengira kepercayaan agama atau fahaman politik.

“Aadalah kegagalan selama enam dekad dalam dasar dan program UMNO dan Barisan Nasional untuk meningkatkan masyarakat OA dengan kerajaan tidak mampu melantik individu OA untuk mengetuai JAKOA,” katanya lagi.

Justeru, dalam masa kurang daripada sembilan bulan dari sekarang, Malaysia yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 pada 31 Ogos 2017, OA perlu dilantik mengetuai JAKOA,” ujar Kit Siang.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu merombak perkhidmatan awam dengan melantik serta menaikkan pangkat penjawat awam di kalangan OA yang meliputi keseluruhan perkhidmatan awam dan bukan hanya bidang berkaitan meningkatkan taraf Orang Asli sahaja, katanya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

TERKINIMukhriz dakwa bertemu secara sulit dengan Khairy bincang 1MDB, derma Arab Saudi

KLIK BACARinggit tenat Bank Negara cuma bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

KLIK BACA: Mukhriz dedah Khairy pernah hantar surat letak jawatan kepada Najib

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

The post Kit Siang mahu Orang Asli setaraf Melayu, Bumiputera appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gy6Qfu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.