Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selagi Najib dan Zahid ada saya kekal Ketua Pengarah Imigresen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selagi Najib dan Zahid ada saya kekal Ketua Pengarah Imigresen

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yakin akan terus mengekalkan jawatannya itu selagi Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang kedudukan nombor satu dan dua negara.

Sambil mengakui wujudnya tekanan politik, Mustafar berkata, Ahmad Zahid pernah mengeluarkan kenyataan menangkis khabar angin beliau akan ditukar, memetik laporan Sinar Harian Online.

“Kalau kita rujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid, beliau memberikan panduan dan peluang kepada pihak Imigresen untuk melakukan sesuatu.

“Dahulu pernah ada desas desus yang saya akan ditukarkan. Bagaimanapun beliau (Ahmad Zahid) segera menangkis khabar angin itu dengan menyatakan selagi beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan selagi Najib masih memegang jawatan Perdana Menteri, saya tidak akan ke mana-mana.

“Kenyataan itu dibuat untuk menghilangkan tekanan politik yang kononnya akan menyebabkan saya ditukar.

“Tekanan politik itu memang ada. Bagaimanapun saya dipandu kepimpinan beliau (Ahmad Zahid). Undang-undang tetap tidak boleh dilanggar dan peraturan-peraturan mesti dipatuhi,” ujar Mustafar lagi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tekanan politik yang diterima beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai ketua pengarah jabatan yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya menerima suapan dan sebagainya.

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

TERKINIMukhriz dakwa bertemu secara sulit dengan Khairy bincang 1MDB, derma Arab Saudi

KLIK BACARinggit tenat Bank Negara cuma bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

KLIK BACA: Mukhriz dedah Khairy pernah hantar surat letak jawatan kepada Najib

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

The post Selagi Najib dan Zahid ada saya kekal Ketua Pengarah Imigresen appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2hqDJwu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.