Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib seru pertahan institusi Yang Dipertuan Agong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib seru pertahan institusi Yang Dipertuan Agong

Sumbangan terbesar kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong ialah peranannya dalam memastikan kestabilan politik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menegaskan bahawa kerukunan dan keharmonian itulah yang telah memungkinkan berlakunya transformasi Malaysia selama ini.

“Lantaran itu pada hemah kerajaan, institusi ini perlu dipertahan semua pihak sampai bila-bila kerana ia adalah milik semua tanpa kecuali,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan perpisahan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara malam tadi.

Beliau menarik perhatian bahawa institusi itu memayungi bukan sahaja orang-orang Melayu Islam dan bumiputera, malah merangkumi secara inklusif lindungannya ke atas hak dan kepentingan yang sah kaum serta agama lain.

Sekalipun ia merupakan ciptaan Perlembagaan Persekutuan yang dengan terperinci dilakarkan segala peranan dan tanggungjawabnya, Najib berkata institusi Yang di-Pertuan Agong tetap berakar umbi kepada nilai sejarah, tradisi dan budaya bangsa serta tamadun alam Melayu.

Beliau berkata keunikan sistem itu juga diperlihat melalui hakikat walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri dan membubarkan Parlimen, ia tetap tertakluk kepada prinsip kelaziman dan rundingan yang sangat halus dan berhati-hati.

“Ini membuktikan sekali gus betapa institusi itu dipermuliakan dengan sifatnya yang langkau siasah atau dalam kata lain letak duduknya itu ialah di atas mana-mana politik kepartian,” jelas Najib.

Ia juga, kata perdana menteri, sangatlah terpelihara oleh Majlis Raja-Raja dan tidak bersifat warisan kerana Yang di-Pertuan Agong dipilih secara berhemah dan bergilir dalam kalangan sembilan raja Melayu.

Najib seterusnya berkata sepanjang di bawah naungan Tuanku Abdul Halim, Malaysia mencapai kejayaan demi kejayaan yang diperakui pelbagai agensi dan penarafan antarabangsa yang diiktiraf dan berwibawa.

“Kerajaan Tuanku ini tidak akan bersifat selesa, malah akan sentiasa meneruskan usaha demi usaha bagi mencipta hari muka yang lebih ampuh untuk Malaysia,” kata Najib.  – Bernama

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

TERKINIMukhriz dakwa bertemu secara sulit dengan Khairy bincang 1MDB, derma Arab Saudi

KLIK BACARinggit tenat Bank Negara cuma bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

KLIK BACA: Mukhriz dedah Khairy pernah hantar surat letak jawatan kepada Najib

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

The post Najib seru pertahan institusi Yang Dipertuan Agong appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2hhv1An

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.