Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pembangkang cuba merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perkara itu disebabkan pembangkang cemburu dengan solidariti ditunjukkan Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

“Tidaklah menghairankan apabila mereka menyebarkan khabar angin dalam usaha untuk merosakkan hubungan rapat saya dan timbalan perdana menteri

“Mungkin pembangkang tersalah anggap perwatakan timbalan perdana menteri dengan beberapa bekas pemimpin parti Umno yang didorong oleh kepentingan peribadi, bukan kepentingan parti atau nasional,” katanya dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Najib, pembangkang mencuba pelbagai cara untuk memecahbelahkan hubungan tersebut.

“Tetapi mereka tidak kenal Umno dan kesetiaan anggotanya – mereka yang berdiri di dalam senang mahupun susah bersama parti dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokrasi.

“Pembangkang kini begitu terdesak dan di dalam kucar-kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan orang yang memenjara pemimpin mereka sendiri,” katanya sambil menggesa anggota Umno berwaspada terhadap ‘taktik kotor’ pembangkang.

Sejak beberapa hari lalu, sepucuk surat yang dikatakan ditandatangani Zahid tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Surat berkenaan dikatakan menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan turut menamakan barisan kabinet bayangan Zahid.

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

KLIK BACA: LHDN sepatutnya siasat harta dimiliki Jho Low

TERKINIMukhriz dakwa bertemu secara sulit dengan Khairy bincang 1MDB, derma Arab Saudi

KLIK BACARinggit tenat Bank Negara cuma bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

KLIK BACA: Mukhriz dedah Khairy pernah hantar surat letak jawatan kepada Najib

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

The post Najib: Pembangkang cuba rosakkan hubungan saya dan Zahid appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2hhdkR8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.