Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perwakilan Umno: Kebanjiran pelabur China bukan tanda kerajaan jual negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perwakilan Umno: Kebanjiran pelabur China bukan tanda kerajaan jual negara

saidi-china

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno menepis tanggapan kerajaan menjual negara kepada China dengan memberikan projek pembangunan kepada negara itu.

Ditemui di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno hari ini, mereka berkata, kebanjiran pelabur China harus dilihat daripada sudut positif, iaitu manfaat kepada ekonomi negara serta mengukuhkan hubungan dengan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Perwakilan Umno dari Sabah, Mohd Faizal Saidi berkata, rakyat pasti mendapat kebaikan dengan bertambahnya peluang pekerjaan di dalam negara.

“Ada yang kata hanya China yang untung. Tetapi, bukankah dengan syarikat mereka datang ke sini akan menambahkan pekerjaan untuk orang tempatan.

“Dakwaan kerajaan menjual negara terlalu negatif bunyinya. Kita kena fikir lebih positif,” kata ketua Pemuda Kota Marudu itu.

Menurut laporan, China ialah rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan jumlah dagangan dua hala pada 2015 mencecah RM419 bilion (AS$100 bilion).

Dalam lawatan rasmi rombongan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Najib Razak ke China awal bulan lalu, nilai pelaburan perniagaan kira-kira RM143 bilion dimeterai menerusi 14 memorandum persefahaman, selain 16 perjanjian kerajaan dengan kerajaan.

Perwakilan Umno dari Rantau Panjang, Mohd Zharuzaman Mat Zain pula berkata, ekonomi China bakal mengatasi Amerika Syarikat, maka hubungan baik dengan Beijing pasti menguntungkan Malaysia.

Mengenai dakwaan kebanyakan orang Melayu tidak mampu membeli kediaman dibina pemaju China di Johor, beliau berkata, rakyat masih boleh membeli rumah mampu milik yang dibina pemaju tempatan.

“Itu tidak menjadi masalah. Ini kerana presiden dalam ucapannya berkata, kerajaan akan bina banyak rumah mampu milik bagi golongan B40.

“Dengan banyak rumah sebegini, sewa dan harga rumah akan turun 10 tahun akan datang,” katanya.

Pada sesi perbahasan hari ini, beberapa perwakilan Umno menyentuh hubungan Malaysia-China, antaranya Ketua Wanita Umno Pasir Salak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, masa depan negara ialah dengan China.

Beliau malah menggesa orang Melayu mempelajari bahasa Mandarin untuk bekerja dengan syarikat China yang melabur di Malaysia.

Perwakilan dari Kepala Batas, Suzana Ishak menyambut baik cadangan itu dan berkata, beliau sendiri boleh bertutur dalam dialek Hokkien dan Mandarin.

“Orang China pergi ke mana-mana pun pasti akan mengembangkan komuniti mereka. Kita memang perlu mencontohi dan mempelajari kemahiran mereka,” katanya.

Pada 4 November lalu, Najib berkata, mereka yang menuduh kerajaan menjual negara kepada China mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati.

Katanya, usaha beliau mendapatkan pelaburan langsung asing (FDI) adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek lebih baik bagi rakyat Malaysia.

Duta besar China ke Malaysia, Huang Huikang turut menepis dakwaan lawatan Najib ke Beijing untuk menjual negara, sebaliknya Beijing tidak akan menceroboh kedaulatan dan tanah negara ini.

Beliau berkata, kerjasama Malaysia-China berasaskan dasar kesaksamaan, menang-menang dan manfaat bersama.

Akar umbi Umno bimbang Najib ‘jual negara’ pada China

Tak masuk akal tuduh saya jual negara kepada China, kata Najib

Duta China: Lawatan Najib demi manfaat rakyat, bukan jual negara

Masa depan Malaysia bersama China, kata perwakilan Umno





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.