Hi! Welcome Back and Stay Tune! Revolusi guling kerajaan bukan agenda kami, kata Maria Chin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Revolusi guling kerajaan bukan agenda kami, kata Maria Chin

maria-chin-zahid-1

PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah menafikan dakwaan Bersih 2.0 cuba memulakan “revolusi warna” untuk menggulingkan kerajaan.

Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, jika badan bukan kerajaan (NGO) itu sememangnya berhasrat menjatuhkan kerajaan melalui “revolusi warna”, ia tidak akan mendapat sokongan orang ramai.

“Saya akan biar rakyat menilai apa yang kita lakukan. Jika kita cuba memulakan revolusi, bilangan orang yang hadir pada perhimpunan kami dan ‘vigil’ nyalaan lilin baru-baru ini akan menjadi sifar.”

Maria mengulas dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang beberapa pertubuhan dipengaruhi gerakan “revolusi warna” seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Majlis Peguam Malaysia, Malaysiakini dan Sarawak Report.

Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu berkata, sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk membanteras usaha menggulingkan kerajaan akan mencari maklumat berkaitan “sehingga ke lubang cacing”.

Maria berkata, Bersih 2.0 sentiasa telus mengenai permintaan mereka yang langsung tiada kaitan dengan revolusi mahupun usaha menjatuhkan kerajaan.

“Agenda kami ialah tadbir urus baik dan pilihan raya bebas serta adil. Adakah kerajaan mengatakan ini bukan agenda mereka juga?” soalnya

FMT menghubungi Suaram yang berkata, ia tahu mengenai dakwaan itu tetapi belum bersedia memberi komen.

Sementara itu, cubaan menghubungi Majlis Peguam Malaysia bagaimanapun tidak berjaya.

Zahid: Jawatankuasa halang usaha guling kerajaan ‘sehingga lubang cacing’





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.