Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua Chromebook Yang Diperkenalkan Selepas Ini Akan Menyokong Aplikasi Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua Chromebook Yang Diperkenalkan Selepas Ini Akan Menyokong Aplikasi Android

Google sejak daripada tahun lepas, telah memulakan usaha untuk membawa aplikasi Android ke arena komputer riba melalui Chrome OS. Sejumlah komputer Chromebook telah sedia menawarkan sokongannya, dan kini Google melalui laman Chrome OS mengesahkan semua komputer Chromebook yang dilancarkan bermula 2017 ini akan menyertakan sokongan aplikasi Android.

Melalui integrasi aplikasi Android, ia menawarkan lebih banyak kegunaan untuk pengguna komputer riba berkenaan, selain memudahkan lagi pelbagai tugasan. Secara tidak langsung juga, ia boleh menjadi alternatif untuk komputer Windows yang murah – selain pada masa yang sama memudahkan lagi proses pembangun untuk memasarkan aplikasi mereka pada pelbagai jenis peranti.

Buat masa ini, Chromebook yang ditawarkan di Malaysia masih lagi terhad. Daripada pengamatan kami sendiri, model Samsung dan HP sedia ditawarkan – tetapi ia adalah versi lama, dan bukannya versi baru.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kk2yvJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.