Hi! Welcome Back and Stay Tune! 257 Minit Sehari Ialah Had Menggunakan Peranti Oleh Remaja Untuk Menjaga Kesihatan Mental - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

257 Minit Sehari Ialah Had Menggunakan Peranti Oleh Remaja Untuk Menjaga Kesihatan Mental

Generasi masa sekarang ialah generasi celik IT. Mereka sudah menggunakan peranti pintar sejak di bangku sekolah rendah dan besar kemungkinan lebih mahir menggunakan komputer berbanding ibu bapa mereka. Kerana mereka generasi pertama dengan akses kepada peranti 24/7, impaknya kepada kesihatan mental masih sedang dikaji. Menurut kajian terkini Universiti Oxford, jumlah masa optimum penggunaan peranti ialah 257 minit sehari bagi golongan remaja.

Mereka menemuramah 125000 remaja berusia 15 tahun dan mengumpul data mengenai tabiat penggunaan peranti mereka. Penggunaan peranti didapati meningkatkan meningkatkan kreativiti, kemahiran komunikasi dan pembangunan mental. Tiada kesan negatif dikesan selagi ia dihadkan selama 257 minit sehari. Pada waktu yang sama had untuk permainan video pula ialah 1 jam 40 minit manakala untuk telefon pintar sahaja ialah dua jam sehari.

Kepada golongan ibu bapa anda masih perlu proaktif dalam pemantauan penggunaan peranti anak-anak anda. Kajian ini mungkin memberikan masa penggunaan optimum peranti tetapi sekiranya ia masih tidak digunakan untuk aktiviti berfaedah, penggunaan selama seminit sekalipun adalah berbahaya. Dunia mungkin sudah berubah tetapi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawasi anak masih lagi sama seperti dahulu.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2isen28

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.