Kakak HAIRAN Pelajar “Hafizah” Balik Ke Kampung Sentiasa Berbaju Longgar. Segalanya TERBONGKAR Bila Kakaknya TER…
Kakak HAIRAN Pelajar “Hafizah” Balik Ke Kampung Sentiasa Berbaju Longgar. Segalanya TERBONGKAR Bila Kakaknya TER… | Ini menakut dan mengusarkan. Pertahanan bagaimana lagi untuk menepis syaitan dan iblis dalam menyesatkan keturunan Adam. Zina yang berleluasa akan mewujudkan satu generasi. Generasi yang bagaimana bentuknya, Allahu a’lam. Hari ni daftar masuk seorang lagi remaja. Dari air wajah, nampak ayu, sopan dan pendiam. Bila saya tanya latar belakang pendidikan, bekas pelajar sebuah Ma’ahad Tahfiz. Allahu akbar…
Seterusnya saya tanya akhlak, perangai sebelum, semasa dan selepas belajar di Ma’ahad Tahfiz. Ini kerana dalam benak fikirannya saya tidak mungkin seorang bakal hafizah sanggup berzina. Sudah semestinya dia tahu perlakuan yang dilarang Allah. Semestinya dia tahu zina itu dosa besar.
Saya tidak mahu kerana seorang dua bekas pelajar Ma’ahad Tahfiz telah berzina hingga hamil tanpa suami, merosakkan nama baik pelajar Maahad Tahfiz yang lainnya. Apakah benteng pertahanan iman mudah musnah walaupun al quran di dada? Selalunya apabila berada di Ma’ahad Tahfiz sudah pasti solatnya terjaga. Jadi kenapa benteng iman, solat boleh mencegah perbuatan mungkar itu musnah?
Rupanya ia bermula sebelum lagi masuk belajar di Ma’ahad Tahfiz. Ketika di tingkatan 1, tinggal bersama keluarga sudah mula berjinak jinak lepak dan keluar malam bersama kawan kawan lelaki. Duduk di pinggir bandar, perkampungan nelayan, suasana desa yang damai menjemput rasa sunyi di hati. Ransangan belajar tidak ada menyebabkan tidak ada keinginan meneruskan persekolahan. Yang ada cuma nak lepak lepak dengan kawan kawan.
Suatu malam ketika pulang dari melepak, dihantar menaiki motor oleh kawan kawan lelaki , terserempak dengan abang sulong. Apa lagi, satu penampar maut tertera di pipi dan esoknya terus dihantar ke sebuah Ma’ahad Tahfiz. Abangnya tahu sifat berlembut ibu ayah terhadap anak bongsu telah merosakkan adiknya. Adiknya bukan kurang kasih sayang atau kurang perhatian tetapi terlebih manja hingga berani bertindak melanggar larangan keluarga dan membantah cakap ibu ayah.
3 tahun berada di Ma’ahad Tahfiz, keluarga fikir, perangai dan akhlaknya berubah. Sebaliknya menjadikan dia lebih agresif dan menganggap keluarga telah menghukum dengan mengurungnya di Ma’ahad Tahfiz dimana dia tidak bebàs dan terkongkong.
Memang ada kebaikkan ketika berada di Ma’ahad, dari tak reti mengaji hingga boleh membaca quran dengan betul, tajwid dan mahraj danntelah berjaya menghafal beberapa surah pun. Tetapi dendam yang membara di hati merasa dihukum keluarga menyebabkan dia bertindak keluar Ma’ahad. Kononnya nak bekerja, cari duit dan nak bebas.
Namun sepak terajang dunia dia tak tahu. Dia cuma nampak bebas itu indah. Ada duit itu syurga. Dia tak tahu kesan dan akibat kerana syaitan telah membutakan mata hatinya. Permulaan sekali jadi ketagihan. Rasa nikmatnya sekali , nak lagi dan lagi hingga Allah menghidupkan janin dalam rahim. Mana nak sangka, buat dengan rakan sama kerja di tempat kerja, 15 minit pun selesai tanpa disyaki sesiapa. Maklumlah ketika hari raya, orang pun jarang ada, maka mudah meneruskan sandiwara.
Memang kebanyakkan remaja hamil yang lewat dikesan kehamilannya disebabkan kedatangan haid yang tidak tetap. Begitu juga remaja ini. Selepas sebulan berzina dengan teman lelaki satu kerja, dia berhenti kerja di tempat itu dan pindah kerja tempat lain yang lebih jauh dari keluarga. Memang di tempat kerja baru dia tidak berpeluang meneruskan aktivit lazimnya, dan merasa gembira dengan suasana kerja tempat baru.
Malangnya, dia merasa ada yang tidak kena dan tidak selesa dengan keadaan tubuh fizikalnya. 4 bulan berlalu dia menyedari perutnya buncit. Dia pun mula pakai bekung supaya perutnya tidak buncit. Namun buncit itu lama kelaman makin besar, saiz bra pun bertambah. Yang lama sempit.
Kebetulan ada hal dalam keluarga, dia dipanggil pulang ke rumah keluarga. Di situ berkumpul sekuruh ahli keluarga. Mulanya mereka tidak menyedari kenapa adik mereka sentiasa berbaju longgar, labuh dan sopan sehingga seorang kakak terlanggar perutnya.
Terasa ada kelainan, adik itu diseret ke bilik dan diselak pakaiannya yang labuh dan longgar itu. Alangkah terkejutnya kakak apabila menyaksikan perut adiknya yang sedang meranum menunggu saat dan hari melahirkan. Dengan kain bekung membungkus perut agar tidak jelas kelihatan perut yang buncit. Kesian janin yang sedang membesar tu…
Sikit pun adik ni tidak bercakap, siapa yang melakukan. Diam seribu bahasa sehinggalah saat dia dihantar kepada rumah perlindungan. Apabila berdua , barulah dia bercerita, dia bukan dirogol sebaliknya memang melakukan zina suka sama.
Bagai terhempap kepala atas batu saya beristigfar, bila dia menyebut melakukan zina kerana suka sama. Seperti ada rasa kepuasan dan bangga. Mahu saja saya sepak mulut munggilnya berkata begitu.
Saya perhatikan anak matanya yang meliar,” Ya Allah, bantu aku mendidik dan mentarbiyah anak ini mentaati Mu.” Hanya ini yang terdetik di hati saya saat ini. Saya serahkan kembali urusan hamba yang seorang ini kepada Allah. Moga taufik dan hidayah Allah menyinari hati sanubarinya.
Dari kisah latar belakang perangai dan pendidikan, maka bukan Ma’ahad Tahfiz tidak berjaya mentarbiyah tetapi kesan hitam hatinya telah bersalut sebelum masuk ke sana lagi. Ma’ahad Tahfiz cuma mampu mengawal keadaan dirinya semasa berada di situ saja, tidak lagi al quran mampu melindungi dirinya setelah keluar kerana niat awal masuk yang dipaksa .
Tidak ada ikhlas belajar dan menghafal al quran. Dan keluarga bertindak menghantar sekadar melepaskan rasa tanggungjawap untuk mengawal sikapnya yang suka memberontak apabila keinginan tidak dipenuhi.
Ibu ayah budiman, apabila tidak mampu mengawal sikap anak yang suka membantah, memberontak jangan dianggap menghantar mereka ke Ma’ahad Tahfiz adalah selamat dan selesai masalah. Masuk ke situ jika bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuat anak itu bertambah marah, agresif dan dendam.
Jadinya usahalah cara berdisplin, dekati dengan kasih yang tegas bukan manja supaya dia tidak rasa kesunyian dan dihukum. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!
The post Kakak HAIRAN Pelajar “Hafizah” Balik Ke Kampung Sentiasa Berbaju Longgar. Segalanya TERBONGKAR Bila Kakaknya TER… appeared first on EKSIDENZ.
Penyumbang : EKSIDENZ
Post a Comment