Guna Prabayar Dan Sukakan Muzik? U Mobile Kini Menawarkan 3 Kali Lebih Data & Data Muzik Tanpa Had
Beberapa minggu lepas merupakan kemaskini terbaik yang U Mobile pernah bawakan. Mereka telah membawakan pertambahan tawaran kuota data tiga kali ganda dan juga telah mengumumkan Game-Onz, iaitu penawaran penggunaan data tanpa had untuk beberapa permainan terpilih dan popular seperti Counter-Strike dan League of Legends.
Menerusi pertambahan data sebegini, anda hanya perlu melanggan UMI data dari tempoh promosi 22 Disember 2016 hingga 15 Februari 2017 sekaligus membolehkan anda menggunakan lebih banyak internet pada kadar langganan yang sangat mesra pengguna.
- UMI 20 / RM 20 Sebulan – 4.5GB berbanding 1.5GB sebelum ini.
- UMI 25 / RM 20 Sebulan – 6GB berbanding 2GB sebelum ini.
- UMI 30 / RM 30 Sebulan – 7.5GB berbanding 2.5GB sebelum ini.
- UMI 38 / RM 38 Sebulan – 6GB berbanding 2GB sebelum ini.
- UMI 50 / RM 50 Sebulan – 12GB berbanding 4GB sebelum ini.
Mungkin anda juga sedar mengenai penstriman data video percuma menerusi Video-Onz namun tahukah anda mengenai kewujudan Music-Onz ?
Music-Onz merupakan penawaran bagi menguntungkan pengguna U Mobile dalam menikmati penggunaan data percuma bagi memainkan muzik. Anda semua pastinya tahu jika anda menstrim muzik dan juga saluran radio kepada telefon pintar anda, ia akan menggunakan data dengan banyak, sekaligus menghabiskan kuota data pada masa yang singkat. Menariknya Music Onz dari U Mobile lebih bagus dari yang lain.
Berbanding pelan prabayar lain yang menawarkan kuota data untuk muzik, U Mobile tidak menghadkan sebarang penggunaan data untuk muzik sama seperti XPAX namun ia hanya mempunyai Yonder sebagai rakan kerjasama. Dari segi rakan kerjasama, U Mobile mempunyai 20 rakan kerjasama yang popular seperti Spotify, Tidal dan banyak lagi. Jika dibandingkan dengan Digi Live, meskipun mereka mempunyai 31 rakan kerjasama penyedia perkhidmatan muzik, namun kuota data yang disediakan hanyalah 2GB. Ia tidak akan cukup untuk memainkan lagu berkualiti tinggi seperti dari aplikasi Tidal.
Tidak usah dikatakan apa-apa mengenai Hotlink yang kini tiada sebarang penawaran data khas untuk muzik, mahupun rakan kerjasama untuk menyediakan perkhidmatan penstriman muzik.
Selain dari itu, perlu diingatkan yang mana pelan prabayar U Mobile paling ideal iaitu UMI 30 turut hadir dengan 2.5GB data berkelajuan tinggi, kuota data 7.5GB Video Onz khusus untuk penstriman video dari penyedia terpilih seperti YouTube, iFlix, Netflix, dan juga penggunaan data percuma tanpa had untuk aplikasi Waze.
Oleh itu sekali lagi diingatkan sekiranya anda mencari pelan prabayar dengan tawaran penstriman muzik yang menarik, hanya U Mobile menerusi UMI 30 menawarkan tawaran yang bagus, mengalahkan tawaran prabayar dari penyedia syarikat telekomunikasi yang lain. Kini dengan tiga kali lebih data untuk video dan juga muzik, pengguna boleh menikmati kandungan tersebut sepuasnya.
Maklumat lanjut: U Mobile Music Onz
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jzlXoC
Post a Comment