Samsung Galaxy C7 Pro Diperkenalkan Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci
Samsung Galaxy C7 Pro membawakan skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Ianya juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk emas, merah jambu dan biru gelap.
Samsung Galaxy C7 Pro Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci, Snapdragon 625
Smartphone dengan platform Android 6.0.1 ini juga turut diuasai dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 dengan CPU Octa-Core 2.2 Ghz dan juga GPU Adreno 506. Peranti ini juga turut hadir dengan 64 GB ruangan memori serta 4 GB RAM. Slot microSD juga turut disediakan yang boleh dipasang sehingga 256 GB.
Untuk kamera, Samsung Galaxy C7 Pro membawakan lensa 16 Megapixel, F1.9 di bahagian belakang dan juga hadapan. Kameranya juga lengkap dengan Dual-LED flash, Panorama, HDR den juga perakam video HD 1080p.
Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada model baru ini termasuk USB Type C, Pengimbas cap jari, fungsi NFC dengan kebolehan Samsung Pay, pengecasan pantas dan sebagainya.
Lihat Juga : Senarai Harga Terkini Smartphone Samsung di Malaysia
Buat masa ini, Samsung Galaxy C7 Pro hadir untuk pasaran China sahaja. Pasaran antarabangsa yang lain termasuk Malaysia masih lagi belum diumumkan. Harganya juga masih lagi belum diumumkan, namun memandangkan spesifikasinya hampir sama dengan Galaxy A7 2017, Harga Samsung Galaxy C7 Pro di Malaysia juga berkemungkinan sekitar RM1899 apabila peranti ini di pasaran Malaysia kelak.
The post Samsung Galaxy C7 Pro Diperkenalkan Dengan 16 MP Kamera, Skrin 5.7 Inci appeared first on Mesra Mobile.
Penyumbang : Mesra Mobile http://ift.tt/2jAIBNe
Post a Comment