Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Balik Kampung,Kurung Anak Umur 3Tahun Sendirian Di Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Balik Kampung,Kurung Anak Umur 3Tahun Sendirian Di Rumah

Ibu Balik Kampung,Kurung Anak Umur 3Tahun Sendirian Di Rumah

budak
Penemuan tangisan seorang kanak-kanak menangis terlalu kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh,di Tampin telah terbongkar apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri.

Kanak-kanak malang itu ditemui dalam sebuah bilik yang amat kotor tanpa sebarang pakaian serta berbogel dan bersendirian di dalam rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata,lebih kurang jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar tangisan kuat kanak-kanak di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.

Apabila menerima maklumat dari penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal keseorangan.

Kanak-kanak itu telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin serta diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan.
Siasatan telah mendapati ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi.

Berdasarkan siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 29 tahun menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri. Malah, suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak wanita berusia 29 tahun berkenaan kerana, si isteri menyatakan menjaga anak kawannya.

Hamazah juga memaklumkan yang ibu kanak-kanak berkenaan telah meninggalkan anaknya seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelakinya hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu.

Si ibu tersebut dikatakan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sakit, selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit kemalangan.

Mangsa malang itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, Pihak polis memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut

The post Ibu Balik Kampung,Kurung Anak Umur 3Tahun Sendirian Di Rumah appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.