Intel Compute Card Diperkenalkan – Komputer Pada Saiz Kad Kredit Untuk Peranti Berhubung
Intel sedia mempunyai beberapa penawaran cip dan komputer bersaiz mini untuk digunakan dalam pembangunan peranti-berhubung. Kini, pada CES 2017, pihak Intel turut memperkenalkan Intel Compute, Card, iaitu komputer pada saiz kad kredit untuk digunakan dalam peranti berhubung.
Melalui Intel Compute Card, ia menyertakan CPU, GPU, storan, memori, dan juga sambungan tanpa-wayar. Intel mengatakan ia boleh digunakan pada pelbagai peranti, termasuk pada papan tanda, peralatan komersial, peti sejuk, televisyen pintar, dan sebagainya.
Memberi contoh, Intel mengatakan dengan menggunakannya, ia menawarkan sokongan seumpama modular untuk menaik-taraf. Sebagai contoh, dengan menggunakan pada televisyen, pengguna hanya perlu mengeluarkan Intel Compute Card lama dan menggantikan ia dengan versi baru untuk memberikan penaik-tarafan.
Intel sedang bekerjasama dengan rakan kerjasama mereka seperti Dell, HP, Lenovo dan Sharp dalam merealisasikan produk ini – dan ia dijangka ditawarkan pada pertengahan kedua 2017 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iWHU0u
Post a Comment