Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wiko Ufeel Go Tampil Dengan Penawaran Bateri Berkapasiti Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wiko Ufeel Go Tampil Dengan Penawaran Bateri Berkapasiti Tinggi

Wiko, salah satu jenama telefon pintar dari Perancis yang mula popular pada tahun ini bakal mengakhiri 2016 dengan satu lagi penawaran peranti terbaru mereka. Mereka yang dikenali dengan siri Ufeel kini telah mengetengahkan variasi terbaru mereka iaitu Ufeel Go, dengan kapasiti bateri yang berkapasiti tinggi iaitu 4,000 mAh.

Bateri 4,000 mAh Dengan Kebolehan Untuk Mengecas Peranti Lain

Di pasaran tempatan, terdapat banyak peranti yang kini telah mempunyai penawaran bateri berkapasiti tinggi. Untuk siri Wiko Ufeel Go, seiring namanya ‘Go’ yang ingin membebaskan pengguna kemana-mana disamping bateri peranti yang boleh bertahan lama, ia dilengkapi bateri berkapasiti tinggi 4,000 mAh. Pada kapasiti sebegini, pengguna boleh melayari internet, menonton video, mendengar lagu untuk satu tempoh yang lama tanpa perlu mengusung powerbank pada pertengahan hari.

Malah lebih menarik lagi, dengan kapasiti bateri besar Ufeel Go, anda boleh mengecas peranti lain yang kehabisan kuasa. Ini bukanlah sesuatu yang biasanya ditawarkan pada peranti dengan kapasiti bateri yang tinggi, dan penawaran fungsi sebegini pada Wiko Ufeel Go sememangnya menambah nilai pada peranti ini.

Pengimbas Cap Jari Generasi Kedua

Sekuriti merupakan satu perkara yang ditekankan pada setiap peranti masa kini. Anda tidak mahu menjadi mangsa jenayah sebegini, dimana data-data peribadi anda dapat diakses walau sesiapa jua. Bagi menambah fungsi sekuriti pada peranti ini, Wiko Ufeel Go dilengkapi pengimbas cap jari Generasi Kedua, berlainan dari versi Ufeel yang terdahulu namun telah ditambah baik dengan permukaan yang kalis calar dan kelajuan imbasan yang lebih baik.

Pengimbas cap jari Generasi Kedua ini juga bermaksud pengguna boleh mengimbas cap jari pada mana-mana arah, dan lebih mudah mengimbas cap jari berbanding versi terdahulu. Pengguna boleh menyahkunci peranti sepantas 0.48 saat untuk mengakses peranti ini.

Menggunakan pengimbas cap jari ini, pengguna bukan sekadar boleh menyahkunci peranti, bahkan boleh menyembunyikan fail-fail sulit dengan mudah. Ia juga boleh membezakan lima jari berbeza, dan pengguna boleh menetapkan arahan tertentu mengikut jari yang telah diimbas. Sebagai contoh, sekiranya pengguna tidak mahu orang lain mengakses email, tetapkannya pengimbas cap jari pada jari manis, sekaligus menjaga dokumen penting pengguna.

Spesifikasi Lain Yang Memenuhi Keperluan Pengguna

Selain dari dua ciri-ciri terutama diatas, Wiko Ufeel Go membawakan nilai terbaik berkadaran dengan teknologi yang terdapat pada peranti ini. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.3GHz empat-teras, cip pemprosesan grafik Mali-T720, RAM sebesar 2GB dan juga storan dalaman sebesar 16GB. Pengguna boleh menambah kapasiti storan sehingga 64GB menggunakan kad SD-Mikro.

Dari segi keupayaan kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 13MP yang mempunyai pelbagai mod rakaman antaranya mod professional dan juga selfie sudut lebar. Untuk kamera hadapannya pula, ia mempunyai sensor pengimejan 5MP dengan selfie flash bagi membantu pencahayaan rakaman selfie.

Lebih Nilai Untuk Pengguna

Salah satu DNA Wiko adalah mereka ingin memberikan pulangan yang baik terhadap pembelian peranti ini. Telefon yang hadir dengan kemasan aluminium ini dilengkapi dengan sistem operasi Android Marshmallow, dan pengguna boleh menggunakan dua kad SIM secara serentak. Ini sekaligus memudahkan pengguna yang mempunyai dua talian telefon untuk apa jua alasan.

Satu lagi perkara yang sinonim dengan Wiko adalah aksesorinya. Pembeli akan turut memperoleh pelindung cermin, silicon-case peranti ini yang melindungi peranti secara asas, dan juga penyesuai kad-SIM. Pengguna tidak perlu bersusah-payah mencari aksesori lain.


Jika anda mencari peranti baru untuk tahun baru yang bakal mendatang, Wiko Ufeel Go ini boleh diperoleh daripada pengedar sah Wiko diseluruh Malaysia, termasuklah Sabah & Sarawak. Ia jual pada harga yang sangat mesra pengguna, iaitu RM 599. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bagi mendapatkannya, anda juga boleh melayari halaman Facebook Wiko Mobile Malaysia.

Beli: Wiko Ufeel Go

Penafian: Advertorial dari Wiko








Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iL5k9C

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.