Kejam, Boleh Tersenyum & Ketawa Selepas Bunuh Anak
Kejam, Boleh Tersenyum Selepas Bunuh Anak
Krystle Villanueva, 24 tahun sememangnya seorang yang kejam dan tidak berhati perut.
Wanita ini sanggup menikam anak perempuannya yang berusia lima tahun, Giovanna Larae Hernandez sehingga mati.
Lebih membuat orang ramai berang ialah apabila gambar diambil ketika dia dituduh membunuh anaknya itu, dia dalam keadaan tersenyum dan ketawa.
Krystle turut menikam bapa mertuanya, Eustorgio ketika lelaki itu cuba menghalangnya daripada menikam Giovanna, di rumah mereka di Texas.
Dia kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. Meskipun laporan toksilogi masih belum dikeluarkan, namun rakan-rakan Krystle menyatakan wanita itu merupakan penagih dadah.
Krystle juga ketagih alkohol malah pernah dimasukkan ke pusat pemulihan pada 2015.
Rakannya memberitahu dia pernah masuk ke pusat pemulihan untuk menjalani program selama 90 hari.
Selepas keluar, dia kelihatan bagus serta mendapat pekerjaan
Sehingga kini tidak tahu apa sebenarnya berlaku sehingga dia sanggup membunuh anaknya. -PENMERAHDOTCOM
The post Kejam, Boleh Tersenyum & Ketawa Selepas Bunuh Anak appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment