Kenapakah Pelan Prabayar Xpax Lebih Mudah Difahami Dan Tawar Lebih Nilai?
Akhir tahun lepas pelan Xpax dari Celcom telah pun dikemaskini dengan kuota data yang tidak dibahagikan. Dengan kata lain, pelan yang ditawarkan #noKelentong, iaitu terma yang tidak menipu mahupun menyusahkan pengguna.
Jika anda masih tidak yakin dengan pelan ini, berikut merupakan hujah mengapa pelan Xpax tidak mengelentong pengguna.
Pek Permulaan Yang Menawarkan Lebih Banyak Faedah Kepada Pengguna
Tahun 2017 baru sahaja bermula dan anda sedang fokus dalam mencapai azam tahun baru. Dalan melihat semula perbelanjaan anda, ada perkara yang perlu dilakukan dan anda ingin merubah bagaimana anda menggunakan internet anda.
Terdapat empat pilihan utama yang tersedia di pasaran dan dengan mudah boleh dikatakan pelan prabayar Xpax menawarkan lebih faedah dari yang lain. Jika dilihat dari penggunaan internet asas dan internet berkelajuan tinggi, Xpax menawarkan kuota data yang lebih tinggi dan lebih mudah difahami berbanding yang lain. 10GB data asas internet dan 10GB data berkelajuan tinggi untuk Facebook disediakan untuk pengguna, tanpa mengira masa dan waktu mahupun polisi tertentu selagi mana pengguna aktif melanggan pelan prabayar Xpax. Malah ada logiknya ditawarkan 10GB untuk penggunaan Facebook kerana rata-rata pengguna tempatan merupakan pengguna tegar aplikasi tersebut.
Ini berbeza dengan Digi yang hanya menyediakan data asas sebanyak 500MB setiap bulan dan 4GB data berkelajuan tinggi hanya untuk video dan muzik. Itu pun terdapat had setiap minggu.
Bagi Hotlink Fast, mereka menyediakan data asas sebanyak 500MB setiap bulan namun tertakluk kepada polisi penggunaan yang adil (Fair Usage policy). Bagi data berkelajuan tinggi mereka menyediakan 8GB, namun hanya terhad untuk penggunaan akhir minggu. Pengguna hanya dapat menggunakan 1GB pada hari Sabtu, dan 1GB pada hari Ahad. Satu lagi perkara adalah ia hanya untuk kelajuan 4G.
Bagaimana pula sekiranya kawasan tersebut tidak terdapat capaian 4G? Atau peranti tidak menyokong 4G? Apa yang akan terjadi sekiranya data tersebut habis? Pengguna perlu membeli isian semula namun secara tidak langsung menghadkan kebebasan pengguna menikmati internet.
Bagi pelan prabayar U Mobile, mereka menyediakan internet asas 2GB, lebih besar dari Digi dan Hotlink namun masih sedikit berbanding Xpax yang memberikan 10GB data. Bagi data berkelajuan tinggi, hanya 1GB disediakan mereka. Jika dijumlahkan dari kesemua tawaran data, semestinya Xpax dari Celcom mengungguli tawaran dari pek permulaan prabayar dengan 20.2GB data tersedia untuk dinikmati pengguna, ditawarkan pada harga RM 10.
Pelan Mingguan dan Bulanan Internet yang Lebih Baik Dan Boleh Digunakan Untuk Apa Jua Tujuan
Setelah memulakan kehidupan anda pada tahun baru dengan pelan prabayar terbaru, anda pastinya ingin mengetahui berapa banyak yang perlu dibelanjakan setiap bulan. Dalam faktor ini, sekali lagi perhatian perlu diberikan kepada nilai pulangan yang bakal dinikmati pengguna.
Untuk nilai isian semula mingguan, hanya Xpax dari Celcom, Digi dan Hotlink menawarkannya. U Mobile tidak mempunyai tawaran sebegini. Perlu diingatkan pelan internet secara mingguan merupakan satu perkara yang penting lebih-lebih lagi buat pengguna pelan prabayar. Apabila data sudah habis, pengguna dengan mudah boleh melakukan isian semula namun tidak begitu kisahnya untuk pengguna pelan prabayar U Mobile. Apabila U Mobile tidak menawarkannya dalam bentuk mingguan, sekali lagi ia menyusahkan pengguna yang perlu membeli pelan internet secara bulanan walhal tidak tentu lagi sama ada ia diperlukan atau tidak.
Pada kadar RM 10, pengguna pelan prabayar Xpax memperoleh 2GB data berkelajuan tinggi untuk apa jua penggunaan. Ini jauh berbeza dan lebih memberikan pulangan berbanding Hotink yang hanya memberikan 600MB. Mungkin Digi menawarkan pelan mingguan yang sama pada harga yang kurang RM1 iaitu RM 9 namun apalah sangat yang dapat dilakukan dengan data 500MB kerana data itu juga sangat sedikit dan sudah pasti akan habis dalam masa yang singkat sekaligus mengundang perbelanjaan tambahan apabila perlu melakukan isian semula untuknya.
Bagi nilai isian semula bulanan yang boleh digunakan untuk apa jua tujuan, kesemua pelan prabayar menawarkannya. Xpax dari Celcom menawarkan isian semula sebanyak RM 30 dengan 5GB data sebulan. Pada kadar tersebut, ia jauh meninggalkan Hotlink yang hanya menawarkan 2GB sebulan dan juga U Mobile yang menawarkan 2.5GB sebulan. Digi mungkin sedikit lebih baik apabila menawarkannya pada RM 28 pada 3GB namun kenapa perlu berjimat RM 2 sekiranya pada perbezaan tersebut anda boleh memperoleh lebih data dengan Xpax dari Celcom?
Sekali lagi, Xpax dari Celcom mengungguli tawaran kepada pengguna, pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki.
Hanya dua hujah yang cukup kuat untuk meyakinkan anda yang mana pelan Xpax bukan sahaja tidak mengelentong pengguna, bahkan menawarkan lebih banyak faedah kepada pengguna, tanpa sebarang sekatan masa, tanpa tempoh terhad pada penawaran tertentu, tanpa polisi yang tidak memanfaatkan pengguna dan dikuatkan pula dengan kawasan capaian 4G Celcom yang menyeluruh.
Pelan prabayar Xpax dari Celcom ini boleh didapati dari mana-mana kedai dan cawangan yang menjualnya hari ini – atau anda juga boleh menukar ke pelan ini melalui aplikasi Xpax pada Android dan iOS. Anda juga boleh menghantarkan SMS MIG XPAX ke nombor 28882 untuk memulakan hidup baru dengan pelan prabayar yang tidak mengelentong pengguna.
Ketahui lebih lanjut: Xpax No Kelentong
Penafian: Advertorial dari Celcom
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jsdOWp
wow.celcom xpax ada bagi lebihan 50% of internet data kepada pengguna yang berumur antara 12 tahun ke 4 tahun
ReplyDeletejadi sesiapa yang berada dalam antara umur ni bolehlah memphon untuk guna pelan ni
kenapa pelan xpax ni tak buka kepada semua level pengguna celcom
ReplyDeletejadi hanya sebahagian pengguna yang mematuhi T&C tu baru boleh guna lah
sedihnya aku kerana dah lebig daripada umur tu
haha..pelan pelajar? hanya pelajar dapat lebihan 50% data tu?
ReplyDeletekenapa xbuka kepada semua level pengguna celcom jadi ia akan menarik lebih banyak orang untuk memohon gunanya..
prepais baik,tp kalau ade budget postpaid pon rasanya baikkan?dulu aku pakai xpax.skrg dah pakai first gold tu .xpax jadi backup line.
ReplyDelete