Sennheiser Memperlihatkan Sokongan Mikrofon Kalis Air Untuk GoPro
Sennheiser merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena audio. Pada CES 2017, mereka mempertontonkan sebuah produk baru mereka yang bakal dipasarkan tidak lama lagi, iaitu sebuah mikrofon untuk kamera-aksi GoPro.
Dengan penawaran mikrofon untuk kamera-aksi ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna merakamkan pelbagai aksi mereka dan pada masa yang sama mendapatkan kualiti bunyi rakaman yang sangat baik berbanding dengan mikrofon yang hadir terbina.
Ia hadir dalam bentuk kerangka kalis air tambahan tersendiri, yang dihubungkan kepada GoPro. Wakil Sennheiser mengatakan ia hadir dengan sokongan kalis air – sekaligus membolehkan ia turut digunakan untuk sukan air, selain aktiviti lasak lain yang mungkin membuatkan pengguna terdedah kepada hujan dan sebagainya.
Harga jualan untuk mikrofon ini tidak diketahui lagi, dan Sennheiser menyasarkan untuk memasarkan ia sekitar bulan Mac 2017 kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iUpD4y
Post a Comment