Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S4 Ialah Peranti Pintar Kegunaan Rasmi Presiden Trump - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S4 Ialah Peranti Pintar Kegunaan Rasmi Presiden Trump

Selamat pagi dan dunia dibangunkan dengan pelantikan secara rasmi Donald Trump sebagai Presiden ke 45 negeri bersekutu Amerika. Beliau mengangkat sumpah malam tadi dan mungkin presiden yang aneh di dalam sejarah negara republik ini. Sepanjang kempen, beliau dilaporkan menggunakan sebuah Samsung Galaxy S6 sebagai peranti kegunaan harian. Penganalisa mendapati tweet yang dihantar secara peribadi oleh beliau dihantar menggunakan peranti Android manakala iPhone digunakan oleh kakitangan beliau.

Kini sebagai ketua kuasa besar dunia, Presiden Trump tidak lagi dibenarkan menggunakan Samsung Galaxy S6 beliau. Sebaliknya ia perlu digantikan dengan sebuah Samsung Galaxy S4 yang turut digunakan oleh Presiden Obama sebelum ini. Mungkin anda terasa sedikit pelik kenapa penukaran peranti perlu dilakukan dan mengapa model “kuno” digunakan?

Samsung Galaxy S4 yang menjadi peranti kegunaan rasmi Trump bukanlah model biasa. Ia model dengan sistem penyulitan dan ROM rahsia yang dibangunkan oleh Agensi Sistem Maklumat Pertahanan (DISA). Peranti Galaxy S4 ini peranti komersial pertama yang menerima kelulusan untuk digunakan bersama rangkaian rahsia SIPRNet Jabatan Pertahanan (DOD). Ia Galaxy S4 ini tidak mempunyai kamera, tidak mampu menghantar SMS dan tidak boleh melakukan panggilan keluar. Sebaliknya sebarang bentuk panggilan perlu melepasi beberapa lapisan keselamatan terlebih dahulu.

Kesemua ini dilakukan bagi memastikan panggilan dan maklumat rahsia yang dihantar kepada Presiden tidak boleh dipintas oleh pengintip negara musuh. Berita baik di sini ialah dunia tidak perlu lagi membaca tweet tidak matang dari Trump.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jIS3AC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.