Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penonton Seolah-Olah Bermain ‘Puzzle’ Bagi Mencari Jawapan Dalam Filem Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penonton Seolah-Olah Bermain ‘Puzzle’ Bagi Mencari Jawapan Dalam Filem Ini

Sekitar 2015, ketika aku diberitahu oleh seorang rakan yang filem ini singgah di pawagam tempatan, aku agak kehairanan. Bukan tidak menyetujui filem ini ditayangkan di sini, cumanya jika diambil kira faktor ‘Khan’ sebagai lead role, Irrfan Khan tidak sekomersial dan tidak semesra ‘Khan-Khan’ yang lain. Namun jika mengambil kira betapa Irrfan Khan ialah nama yang tidak asing dalam dunia Hollywood, mungkin itu faktor yang membawa filem ini menjengah pawagam Malaysia.

Filem Talvar berdasarkan kisah benar kes Noida Murder Case ini mengisahkan mengenai seorang pegawai penyiasat bernama Ashwin Kumar (lakonan jitu Irrfan Khan) berhadapan konflik dalam siasatannya terhadap kes pembunuhan yang melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ironi sebelum aku menonton filem ini, aku menonton Zodiac (2007) arahan David Fincher yang lebih memisterikan berbanding menpsikologikan. Maka mood untuk sebuah investigasi masih meninggi dan memberikan ekspektasi tinggi untuk Talvar.

Apatah lagi dengan kebangkitan filem-filem gelombang baru dari perfileman India, aku memberi sebuah harapan aroma Kahaani (2012), Talaash (2012) mahupun Badlapur (2015).

Tetapi, seusai aku tamat menonton filem ini, minda aku tak terlepas dari memori gelap filem Ugly (2014) arahan Anurag Kashyap dan mungkin Rashomon (1962) arahan pengkarya hebat Akira Kurosawa. Bukan kerana similariti kisah, tetapi acuan filem ini yang berdimensi segar.

Oh ya. Filem ini ialah filem hindi atau boleh dipanggil Bollywood tetapi, sila lupakan filem ini jika mahukan kenangan cinta dan tarian Kaho Naa Pyaar Hai (2000). Keduanya berada di dalam liga yang amat berbeza.

Dua Sisi Talvar Dari Kaca Mata Aku

1. Penceritaan

Aku pernah menonton hasil tulisan filem Vishal Bhardwaj iaitu melalui 7 Khoon Maaf (2011). Melaluinya, aku anggap seolah Vishal membakar setiap dialog yang ditulis, mengambil abunya dan kemudian memberi Priyanka Chopra minum.

Untuk Talvar pula, Vishal seolah mengoyak halus setiap nota hasil tulisan filemnya dan menaburkannya pada audien agar audien berebut-rebut mencantumkannya demi untuk sebuah jawapan.

Itu merupakan tunjang kekuatan Talvar yang enggan menyuap mudah dengan dialog semata tetapi adun dan hidang apa sahaja yang sebuah filem mampu lakukan dengan manis.

Gerak tubuh setiap pelakon yang bijak memberi jawapan 50/50, juga setiap sudut inci syot yang bercerita latar kisahnya apatah lagi dengan skor runut yang minima namun tepat pada waktunya cukup membantu filem ini menceritakan sebuah tragedi. Kredit kepada pengarahnya, Meghna Gulzar yang berjaya merealitikannya di layar.

2. Kontradiksi realiti

Apabila dikatakan filem ini cuba melawan arus ‘keputusan mahkamah’, ia dilihat sebagai satu kontroversi kerana kontradik dengan realiti. Adakah benar ia mahu kontradik?

Bagi aku, Talvar cuba membawa audien ke dimensi keluasan antara garis antara pelihat dan pelaku. Kerana itu, Talvar tidak di bawa ke arah satu cara fikir semata.

Audien akan dibawa ke arah keputusan dari liputan media yang sungguh bersemangat melaporkan (hingga mencipta satu solusi teka teki untuk rakyat).

Kemudian dibawa pula ke alam investigasi kontradik yang menggusarkan keputusan audien hingga ke dunia sistem ciptaan yang terkadang menyebelahi, terkadang menyebalkan.

Apabila semua ini ditayangkan buat khalayak dari negara yang sudah berkeputusan terhadap Noida Double Murder Case (berdasarkan filem ini) pada tahun 2008, apa yang patut dirasakan? Mahu terima setiap lunak canggahnya? Dan itu kejernihan cahaya yang Talvar cuba lakukan.

Ringkasnya, filem ini antara filem hebat yang aku tonton untuk tahun 2015. Ia mampu menjadi buah diskusi panjang dan juga mampu menjadi naskah menjengkelkan hati. Terpulang pada terima rasa sebuah citarasa.

Untuk akhirnya, atas rasa gemarnya aku pada siri C.S.I: Miami, aku pernah bertanyakan seorang rakan yang juga seorang pegawai polis. Aku tanyakan,

“Adakah tugas polis semudah itu?”

Jawapan beliau panjang. Dari hurai cap jari, alibi, itu, ini. Tetapi aku gemar jawapan akhir beliau.

“Kalau betul ada hantu balas dendam dalam dunia ni, aku antara yang patut berterima kasih dengan hantu.”

Dan sebagai kenangan pasti untuk filem ini ialah, bukan semua perkara perlu berakhir. Ada yang perlu bermula. Semula.

Skor filem: 8.5/10

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.