Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terminator Nak Hentak Muka Trump Ke Meja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terminator Nak Hentak Muka Trump Ke Meja

LOS ANGELES – Pelakon Hollywood, Arnold Schwarzenegger semalam secara berjenaka berkata beliau mahu menghentak muka Presiden Donald Trump ke meja. 

Pengacara program realiti The Celebrity Apprentice itu berkata demikian apabila pembantunya mencadangkan agar satu mesyuarat selama satu jam diadakan bersama bekas pengacara program itu pada Jumaat lalu. 
“Saya cakap pada pembantu, apa yang kita patut buat ialah meminta diadakan mesyuarat dan kembali ke New York, kemudian hentak mukanya pada meja,” Arnold susulan kritikan Trump baru-baru ini yang menyatakan beliau gagal melakukan tugas baik sebagai Gabenor California atau pengacara program TV. 
Pada Jumaat lalu, Trump memuat naik tweet, “Arnold Schwarnegger memang teruk sebagai Gabenor California dan lebih teruk sebagai pengacara The Celebrity Apprentice. Sekurang-kurangnya beliau sudah mencuba!”
Trump berkata demikian kerana kecewa melihat rating program realiti itu didakwanya menjunam teruk apabila dikendalikan oleh Schawarnegger.
Dalam respon awal pelakon Terminator itu, beliau mencadangkan agar Trump kembali menjadi pengacara program itu dan beliau menggantikan tempatnya sebagai presiden agar semua orang boleh tidur lena.

“Hey Donald, saya ada idea menarik. Apa kata kita tukar ‘tempat’? Awak ambil alih program realiti TV sebab awak sangat pakar dalam soal rating dan biar saya ambil alih kerja awak (di White House) dan orang ramai akhirnya boleh tidur lena,” katanya. – The Reporter






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.