Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Windows 10 Cloud Mungkin Boleh Dinaik-Taraf Ke Versi Penuh Windows 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Windows 10 Cloud Mungkin Boleh Dinaik-Taraf Ke Versi Penuh Windows 10

Dengan pelbagai ketirisan mengenai Windows 10 Cloud, kini sebuah info baru hadir, mengatakan yang mana Microsoft mungkin menawarkan kebolehan untuk pengguna menaik-taraf Windows 10 Cloud kepada versi penuh Windows 10 dengan mudah.

Memandangkan ia diperkatakan Windows 10 Cloud mungkin mengehadkan kepada perisian yang dipasang melalui Windows Store sahaja, mungkin ramai akan mengemari akan fungsi ini dan menikmati pengalaman penuh Windows 10 dengan mudah.

Apa pun, ia mungkin hanya boleh diaktifkan pada peranti yang menjalankan sesuatu cip pemprosesan khusus sahaja.

Sekiranya ini benar, ia mungkin akan membawa kepada kos harga peranti yang lebih murah, atau mungkin Microsoft mempunyai strategi tersendiri dalam menawarkan ia secara percuma dan menjana wang tambahan melalui penaik-tarafan kelak. Tidak mustahil juga Microsoft menawarkan ia secara percuma kepada pengeluar komputer – sekaligus dapat bersaing dengan Chromebook dengan lebih efektif.

Buat masa ini, berita ini masih dikategorikan sebagai ura-ura memandangkan pihak Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan Windows 10 Cloud ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ktDf7u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.