Hi! Welcome Back and Stay Tune! IS Sasar Pengawal Keselamatan Sebagai Ahli Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IS Sasar Pengawal Keselamatan Sebagai Ahli Baru

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu New Straits Times (NST) pengawal keselamatan di negara ini berada dalam senarai “peringkat tertinggi rekrut” IS.

Kumpulan pengganas itu juga berharap dapat merekrut anggota tentera dan polis yang mempunyai akses kepada senjata api, tetapi pengawal keselamatan adalah sasaran jelas yang mudah kerana syarikat keselamatan tidak begitu teliti dalam proses penapisan pengambilan pengawal keselamatan.

Beliau berkata, syarikat keselamatan tidak boleh hanya bergantung kepada pemeriksaan biasa, sebaliknya mereka perlu memeriksa latar belakang pemohon untuk melihat jika mereka mempunyai rekod jenayah.

Dalam laporan sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, syarikat pengawal keselamatan perlu memastikan pekerja mereka ditapis dengan teliti sebelum mengerahkan mereka bertugas di kawasan berisiko tinggi.

Beliau turut memberi amaran akan membatalkan lesen syarikat pengawal keselamatan yang melanggar peraturan ditetapkan kerajaan.

Mengenai penahanan berasingan 2 pengawal keselamatan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan IS, di mana seorang daripada mereka bekerja dengan Malaysia Airlines Berhad, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan membatalkan lesen syarikat yang tidak mematuhi prosedur penapisan ketika mengambil pengawal keselamatan.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu bekerja di 2 syarikat berlainan, tetapi ditahan di Kuantan. Seorang daripadanya berusia 37 tahun dan bekerja dengan Malaysia Airlines, manakala seorang lagi berusia 32 tahun dan bekerja dengan sebuah syarikat swasta.

Dalam laporan berasingan, seorang sumber memberitahu pengawal keselamatan yang bekerja dengan Malaysia Airlines itu boleh memasuki pesawat, termasuk bahagian kokpit dan skop kerjanya ialah memastikan operasi penerbangan syarikat itu bebas daripada kecurian, sabotaj dan rampasan pesawat.

Ayob berkata, kedua-dua lelaki boleh mendatangkan risiko serius kerana mereka mempunyai akses ke lokasi strategik dan dilengkapi senjata.

“Pengawal yang ditahan di Kuantan mempunyai senjata api jenis ‘Shotgun Trusty PM4’. Bagaimana jika dia menerima arahan daripada seorang pemimpin IS untuk melepaskan tembakan rambang di kawasan awam?

“Kita mungkin berakhir dengan keadaan sama di Turki,” katanya merujuk serangan maut di sebuah kelab malam di Istanbul yang meragut 39 nyawa pada ambang Tahun Baru.

The post IS Sasar Pengawal Keselamatan Sebagai Ahli Baru appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.