Gara-Gara Mesej Whatsapp, Zahid Nafikan Pilih Balu Amalan BN Untuk Menang PRK
Gara-gara satu mesej whatsapp yang berlegar di internet, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan balu untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kosong selepas kematian suami mereka bukanlah satu trend atau amalan parti berkenaan.
Mesej berkenaan yang dikongsi dan disiarkan di banyak laman page politik berbunyi, “Bila ahli parlimen kuala kangsar meninggal jatuh heli, isteri beliau jadi calon pilihanraya kecil. Bila ketua menteri sarawak meninggal, isteri dia pun jadi calon pilihanraya kecil. Jika begitulah trend semasa, kita doakan PM panjang umur….”
Mesej itu membayangkan amalan menjadi-jadi kerajaan Barisan Nasional yang meletakkan balu kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK).
Sebelum ini, BN meletakkan Datin Mastura Mohd. Yazid untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar selepas kematian suaminya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 5 Jun tahun lalu.
Dan terbaharu, Puan Sri Jamilah Anu pada PRK DUN Tanjong Datu, 18 Februari ini diletakkan sebagai calon BN selepas kematian Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung.
Katanya, pencalonan yang dipersetujui sebulat suara oleh pucuk pimpinan BN negeri dan Pusat itu diputuskan berdasarkan kelayakan mereka dan selepas kajian teliti dijalankan.
“Kami sudah terlebih dahulu melakukan kajian secara teliti. Keputusan mencalonkan Jamilah bertanding mempertahankan kerusi dikosongkan oleh suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di DUN Tanjong Datu misalnya kerana kita yakin beliau dapat diterima sebagai calon terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa hadir mengiringi Jamilah menghantar borang pencalonan di Dewan Masyarakat Lundu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, satu lagi tujuan memilih mereka adalah bagi meningkatkan jumlah wakil rakyat wanita di peringkat negeri dan Pusat.
Orang Pekan, berdoalah banyak-banyak ye semoga Ahli Parlimen kamu panjang umur kah kah kah…
The post Gara-Gara Mesej Whatsapp, Zahid Nafikan Pilih Balu Amalan BN Untuk Menang PRK appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment